Tuesday, June 15, 2010

Kembali bersiaran

Teks: Masayu Ahmad

Salam ceria buat suri sekelian, saya kembali bersiaran. Hanya lebih kurang seminggu sahaja saya tidak memunculkan diri di alam maya. Mahu menikmati cuti sepuas-puasnya. Balik kampung dipenuhi dengan aktiviti menziarah dan kenduri kendara. Badan juga rasa makin mengebu-gebu ;D.

Kembali denga rutin menyiapkan manuskrip, juga beberapa agenda penting dalam bulan ini, insya-Allah. Terima kasih kepada yang masih berkunjung ke sini walau tiada entri baru. Ada ke yang datang?

Akok tidak berkedut

Alhamdulillah saya berjaya juga mendapat apa yang diinginkan, tetapi akok yang dibeli kurang berkedut. Hmm tidak mengapalah. Seminggu rasa sekejap sahaja, ulang alik sana sini, sudah sampai masa balik ke Kuala Lumpur.

Hakim dan Arif sungguh tidak puas hati kerana belum puas berlama-lamaan dengan Tok Ayah. Marah-marah apabila saya menyatakan sudah mahu berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Apa kan tidak Hakim belum puas meronda bersama Tok Ayah keliling kampung.

6 comments:

Pija Madzlan said...

Lain kali bila akak balik Kelantan, sila masukkan rumah saya dalam 'list to visit' ye??

Wan Anie said...

ada undangan di blog, saya dtg menjengok :D

Anonymous said...

salam masayu...selamat kembali bersiaran...seronoknya anak2 bila pulang kekg...seminggu berlalu bagaikan tak terasa...

Masayu Ahmad said...

siti

alahai, terima kasih atas undangan, takut nanti saya yang tak sampai2, insya-allah jika ada rezeki ketemu juga kita,

saya juga tidak sabar mahu pulang dan menetap di kelate

Masayu Ahmad said...

wan anie

terim kasih menjengok ;D

Masayu Ahmad said...

ima

salam kembali kak, itulah sekejap betul seminggu tu mcm tidak terasa,

usahkan anak-anak, mak n bapak pun tak puas-puas juga...;D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin