Teks: Masayu Ahmad
Peluang sentiasa ada, kita sahaja perlu cepat merebut dan menggunakan kesempatan yang ada. Pernah tak dengar pandangan, apa yang diberi itulah yang kita dapat. Alhamdullilah, rasanya laluan saya sudah terang benderang, tinggal lagi saya sahaja perlu gerakkan usaha, menyiapkan apa yang sudah dirancang.
Kadangkala ada sahaja perkara-perkara yang menjadi kebetulan. Selalu bersangka baik dengan rezeki dan ketentuan, insya-Allah tetap ada ruang untuk kita memajukan diri. Sejak kebelakangan ini banyak betul kebetulan yang saya lalui. Bertemu teman lama dan bekerja pula dengan teman-teman yang terpisah dahulu. Bukan ke itu dikatakan sebagai kebetulan.
Jangan buruk sangka dan tinggalkan hayat persahabatan yang baik-baik sahaja. Jika tidak berkenan biarkan sahaja jangan diusik. Itu cara saya. Begitu juga ruang lingkup kerja saya dalam bidang ini. Pusing-pusing ke situ juga. Apabila teman-teman di sekolah, di universiti adalah teman-teman yang bekerja dalam pusingan yang sama. Bertemu dan kembali bekerjasama. Kerja tentunya lebih mudah akan tetapi saya suka kekal menjalinkan persahabatan seperti biasa dan kekal profesional apabila bekerja. Terasa sangat kecil dunia. Apa pun syukur, kerana saya dikelilingi sahabat-sahabat yang sangat membantu. ;D
No comments:
Post a Comment