Saturday, June 19, 2010

20 sebab mengapa saya mahu kerja dari rumah

Teks: Masayu Ahmad

1. Menguruskan anak-anak dan keluarga
2. Masa beribadah yang lebih selesa
3. Masa kerja lebih fleksibel
4. Tidak suka jalan sesak
5. Tidak suka politik pejabat
6. Suka berdikari
7. Mencuba pelbagai pelbagai perkara baru tanpa had
8. Menggunakan sepenuhnya bakat dan kemahiran yang ada, sudah tentunya dalam bidang penulisan
9. Boleh sertai apa sahaja aktiviti, program tanpa halangan
10. Suka apabila apa yang diusahakan berjaya
11. Tidak suka budaya bodek, sesak nafas dibuatnya
12. Bebas meletakkan hala tuju dan matlamat diri sendiri dan keluarga
14. Boleh menjaga batas sebagai wanita, isteri dan muslimah-mudah-mudahan
15. Mendidik anak-anak dengan cara sendiri
16. Boleh memberi sepenuhnya kasih sayang kepada anak-anak tanpa batas. Tiada lagi keluhan tiada masa.
17. Walaupun sibuk, kesibukan yang masih boleh diurus.
18. Apabila rasa letih, penat, tidak bermotivasi boleh bercuti bila-bila masa sahaja apabila saya suka
19. Apabila sudah bermotivasi, boleh sahaja berkerja berganda-ganda dalam jumlah masa yang banyak dalam satu hari.
20. Moga saya mendapat dan memberi manfaat kepada lebih ramai wanita untuk memilih status bekerja dari rumah- inilah perjuangan saya yang sebenar.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

2 comments:

Wan Anie said...

yup antara sebab saya menjadi wahm juga :D

Ummu Insyirah said...

Semua faktor dalam list di atas merupakan alasan saya untuk berkerja dari rumah..sekarang ni dah start buat bisnes sambilan...mudah-mudahan impian untuk menjadikan Rumahku, PejabatKu dan Syurgaku akan terlaksana..Amin.Thanks for the info

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin