Sunday, November 15, 2009

Roti telur bakar alas perut hari hujan



Teks: Masayu Ahmad
Foto:: http://media.photobucket.com

Guruh kedengaran luar sana. Aiman terpisat-pisat baru bangun dari tidur. Nampaknya anak-anak sudah lapar. Saya panaskan semula cekodok semalam. Isinya gandum, udang (dicincang), ikan bilis(tumbuk), telur, bawang(tumbuk), gula dan garam. Semua bahan dicampur sekali dan menjadi adunan.

Satu mangkuk cekodok yang masih panas siap sedia untuk santapan Arif dan Hakim. Mereka asyik gelisah dan asyik berulang kali mintak coklat panas. Lapar kanak-kanak riang, maklumlah setiap hari hujan turun.

Nampaknya ada beberapa ketul sahaja lagi, tinggal sedikit untuk Aiman yang baru dari tidur dan sudah tentunya lapar. Sekejap sahaja dikunyah.

Saya pecah dua biji telur, celup roti dan letak atas kuali panas yang diletakkan butter. Sebelum itu campurkan sedikit garam dan gula dalam telur. Separuh roti sudah siap bersalut telur, nampak garing kekuningan.

Dua pinggan yang berisi roti telur garing siap untuk dijamah. Kanak-kanak riang keliling pinggan sambil asyik menonton tv. Barulah saya boleh naik ke atas, sambung mula buat kerja.

Apa ya menu petang kalian waktu cuaca mendung begini?

2 comments:

Ely Hasrul said...

ya allah sedapnye!!!

hahaha tak tpk plak nk buat kudap2 waktu ptg/ujan. kitorg dibesarkn dgn mkn mende2 gini time ujan tapi papi xbese kudap2. so bila ujan pon xdek le excited nk mkn2..

cis rindu time kecik2..

Masayu Ahmad said...

Ely

saya ni tak ada lah rajin mana

tiap2 hari hujan sekarg, budak2 asyik mintak makanan aje, kejap nk biskut, kejap nak kuih, kejap nak keropok, nak tak nak kena buat..;D

cubalah buat, senang aje

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin