Sunday, November 15, 2009

Catatan 7 aka Perjuangan diteruskan

Caption: Beginilah keadaan saya ketika Aiman tidak mahu tidur dan kekal aktif. Apa yang beza Aiman kekal dipangku sambil baring atas bahu sehingga lena.

Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://incomefromhome4u.com

Salam pagi Jumaat bersamaan 20 November 2009. Sungguh pantas masa berlalu, bagaikan tercungap-cungap saya dibuatnya. Banyak lagi dalam senarai kerja yang perlu beres sebelum berakhirnya 2009.

Kadangkala bagaikan tidak cukup kaki dan tangan, semua anggota agaknya perlu digerakkan dan perlu bekerjasama. Cukup atau tidak 24 jam itulah penentu sama ada cemerlang atau tidak hari yang dijalani. Ada hari saya kekal konsisten produktif, ada hari layu lunyai dibawa cabaran dan dugaan kehidupan. Apa pun teruskan perjuangan walau apa jua yang anda perjuangkan.

Saya masih ada beberapa sasaran yang belum dicapai dalam senarai sasaran yang dibuat awal 2009.

Walaupun satu kaki sudah lepas, tinggal lagi satu kaki sahaja lagi perlu saya gerakkan. Satu kaki lagi belum tentu akan berjaya digerakkan, sama ada kekal begitu untuk beberapa ketika atau selam-lamanya.

Sebelum memasuki 2010, sudah ada sasaran baru yang sudah pun dibuat dan ianya perlu ditambah banyak perisa iaitu tindakan, perancangan, motivasi dan pelbagai rencah lagi

Jika ada halangan saya kembali merenung dan muhasabah diri apa kesalahan yang telah saya lakukan. Jika motivasi merudum saya kembali mencari apa sahaja aktiviti yang boleh membangkitkan semula semangat. Sama ada membaca buku-buku motivasi, meluah rasa kepada en.suami, atau meneruskan aktiviti kegemaran saya.

Setelah mood kembali bersemangat saya sambung semula perjuangan yang tergendala. Acapkali ketika mahu kecundang, saya akan cuba suarakan dalam diri, bangkit! bangkit! bangkit!. Go,go,go, chaiyok! chaiyok!. Apa sahaja asalkan saya tidak melayan emosi kalah atau rasa tidak bertenaga.

Sangat penting bagi kita mempunyai pasangan yang faham akan matlamat kehidupan bersama dan saling melengkapi. Saya sememmangnya sangat bertuah dikurniakan seorang suami yang cukup faham akan segala keinginan si isteri yang serba kurang ini.

Sasaran untuk berada di rumah sudah berjaya direalisasikan. Saya perlu bersyukur dengan apa yang dianugerahkan, kadang-kala malu juga minta banyak perkara, tanpa saya sedar masih banyak kekurangan diri yang perlu saya tampal dan perbaiki.

Moga lebih ramai suri di luar sana yang akan berjaya untuk bekerja di rumah dan menumpukan perhatian kepada keluarga. Sama-sama kita berdoa dan gerakkan usaha.

Salam penuh kasih sayang

www.masayuahmad.blogspot.com
www.masayu-ahmad.com

2 comments:

maya amir said...

catatan 7?

Masayu Ahmad said...

fauzi-maya

;D, i tengah godek-godek nak buat jadual entri, terkeluar posting yang tak sepatutnya keluar lagi.

Ada orang prihatin nampaknya.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin