Sunday, November 1, 2009

Bila waktu terbaik untuk bermula sebagai SAHM,WAHM atau SOHO?



Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://www.babble.com

Saya sangat tertarik dengan ungkapan baru untuk SAHM, WAHM dan SOHO yang diperkenalkan ustazcahaya, www.ustazcahaya.blogspot.com.

Ianya satu pendekatan baru yang boleh disesuaikan dengan cara kita sendiri.

SAHM (Stay At Home Mama)- Stay At Home Muslimah

WAHM (WorkAt Home Mama)- Work At Home Muslimah

SOHO (Small Office Home Office)- Save Office Home Office

Semoga ungkapan ini diperluaskan lagi dari masa ke semasa.

Pandangan mengatakan negara kita masih lagi banyak bergantung kepada tenaga kerja wanita boleh dilihat secara pro dan kontra. Ini dapat dilihat dengan majoriti wanita di IPTA dan IPTS. Malah sesetengah pekerjaan ianya turut dimonopoli wanita. Ke mana graduan-graduan ini perlu menapak untuk mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari melainkan bekerja dengan kerajaan ataupun syarikat swasta.

Pada pandangan saya terdapat beberapa pendekatan yang mungkin boleh dicari dan diubahsuai berdasarkan jenis pekerjaan dan flesibiliti iaitu jadual bekerja.

Tempoh masa yang sesuai untuk bekerja

10 tahun pertama selepas tamat pengajian

Tamat pengajian sekitar usia 21 tahun. Maka usia yang sesuai untuk mengambil pengalaman dan meluaskan jaringan adalah ketika usia 21 hingga 31 tahun. Dalam 10 tahun ini wanita mahupun lelaki perlu fokus dengan pekerjaan yang dilakukan dan mula meluaskan jaringan seberapa banyak yang boleh. Ini adalah tempoh persediaan sebelum memulakan usaha sendiri.

Membina keluarga dan melahirkan anak ketika usia 25 hingga 31 tahun
Katakanlah seseorang wanita melahirkan anak ketika usia 25 hingga 31 tahun dan mensasarkan mahu anak seramai 4 orang sahaja. Maksudnya pada 6 tahun pertama cuba berusaha mendapatkan tiga orang anak (ini bergantung kepada rezeki Allah). Iaitu tempoh masa ketika usia 25 hingga 31 tahun.

Pada usia 32 anak yang ketiga sudah berusia 2 tahun dan inilah masa yang sesuai untuk mengembangkan bisnes atau apa-apa sahaja perusahaan kerana anak-anak sudah membesar. Kerana tempoh jagaan waktu kecil adalah lebih teliti berbanding selepas anak-anak yang sudah boleh berjalan. Ianya lebih memudahkan ibu untuk fokus kepada kerja.

Pada usia 25 hingga 32, bukan sahaja tenaga masih kuat untuk mengandungkan bayi, malah kesihatan juga lebih terjamin. Anda tidak akan keletihan untuk menjaga bayi sekiranya umur sudahpun mencecah 35 dan ke atas. Bagi mereka yang berpeluang untuk mendapatkan zuriat usah menunggu tempoh yang lama. Ini kerana kudrat kita semakin hari semakin kurang kekuatan jika dibandingkan pada usia muda. Ini hanya pandangan saya, terpulang pada anda bagaiman kaedah merancang keluarga yang sesuai yang boleh dipraktikkan.

Jadual kerja fleksibel

Sesetengah pekerjaan memberikan peluang kepada wanita untuk memberi lebih masa kepada keluarga. Namun jika pada masa hadapan sudah ada pilihan jadual kerja yang lebih fleksibel, sudah tentu wanitalah yang tersenyum kegembiraan.

Mungkin pilihan kerja 4 hari seminggu, atau bekerja pada tempoh masa tertentu sahaja berdasarkan kepakaran dan kelayakan. Atau wang upah berdasarkan skop kerja yang dilaksanakan, dan ianya boleh dilakukan hanya dirumah.

Bagi jenis-jenis pekerjaan tertentu yang memerlukan seseorang berada di pejabat sesuai diberi kepada lepasan graduan yang berusia 21 hingga 31. Manakal usia 31 ke atas diberi peluang masa yang lebih fleksibel mengikut pilihan pekerja. Ini dapat membantu wanita lebih mengimbangi tumpuan kepada keluarga dan juga kerjaya.

Salam sukses dari meja WAHM

www.masayu-ahmad.com
www.masayuahmad.blogspot.com

Nota: Nantikan kelahiran!

1.www.janawangdirumah.com (Ebook panduan bekerja di rumah untuk SOHO, WAHM & SAHM)

2.www.tipcantiksihat.com (Ebook Idea Bisnes Kesihatan & Kecantikan)

3 comments:

maya amir said...

bile laa masa tu tiba utk saya?huhu...

UstazCahaya said...

Salam Akak. Terima Kasih kerana memberi perhatian kpd tulisan saya. Sebenarnya, saya dah berkira2 nak buat JV dengan akak untuk promote kan konsep at Home Muslimah tu..

Kebetulan juga, akak pun nak lancarkan ebook berkaitan ni jugak kan.

Masayu Ahmad said...

fauzi-maya

akan tiba masanya tu..
jgn putus asa okey ;D

Ustaz cahaya

Idea dua orang lebih baik dari idea seorang.

Hubungi saya!

email- pn.masayu@gmail.com

Facebook- Masayu Ahmad

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin