Sunday, November 15, 2009

Bisnes jualan sarapan pagi

Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://farm1.static.flickr.com



Bismillah,

Salam hari Rabu bersamaan 18 November 2009

Salam ceria untuk pengunjung blog ini, semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam. Saya hari ini akan ditinggalkan lagi. En.suami sudahpun selamat berangkat ke Batu Pahat pada jam 9.07 pagi. Tinggalkan kami berempat. Bukan lama mana pun, esok balik lah.

Hari ini saya tidak memasak, pagi-pagi en.suami sudah pun beli karipap dan roti canai telur. Kadangkala saya tidak buat sendiri sarapan pagi, beli sahaja pengerai daripada pengerai.

Bisnes jualan sarapan pagi

Bisnes jualan sarapan pagi juga boleh dilihat sebagai peluang untuk menambah pendapatan bagi suri rumah. Ianya boleh dijual di pejabat, kawasan perumahan, gerai-gerai tepi jalan atau kedai makan.

Kedai makan Nasi Berlauk Di Keramat

Dulu-dulu saya suka makan sarapan pagi di sebuah kedai makan Nasi Berlauk di Keramat, masa ini belum ada anak lagi. Sangat suka berdating di sana, sembang apa sahaja topik.

Kedainya hanya menjual sarapan pagi dan fokus masakan hanyalah sarapan masakan Pantai Timur. Senario pagi pada penglihatan mata saya, ramai yang membeli banyak dan bawa ke pejabat. Tidak termasuk pelanggan tetap seperti kami.

Antara sarapan pagi yang disediakan nasi berlauk ikan tongkol, nasi kerabu, nasi gulai ayam, nasi gulai itik, nasi berlauk ikan kembung dan pulut pagi.

Saya dan suami mempunyai selera yang sama, tentunya selera Pantai Timur. Kunjungan yang kerap ke sana membuatkan kami sudah jadi pelanggan tetap. Sudah lama tidak ke sana sejak beranak pinak.

Gerai Mak Cik Nasi Kerabu

Ini juga salah satu gerai kegemaran saya jika mahu mendapatkan sarapan pagi. Nasi kerabu Mak Cik biasanya saya tambah dengan lauk daging goreng kunyit. Gerai Mak Cik kadangkala ada dan tidak ada. Macam biskut. Jika Mak Cik bercuti daripada berniaga terpaksa saya buat pilihan lain dengan membeli nasi lemak atau kuih-muih dengan penjaga lain.

Fokus Mak Cik hanyalah pengerai sarapan pagi dengan menyediakan nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu, bihu goreng dan beberapa tambahan lauk-pauk lain iaitu daging, ayam masak merah, paru, ayam goreng dan sebagainya,

Kak Ana Penjaja Kuih-Muih

Ingat tak entri sebelum ini yang saya ada menyentuh kisah Kak Ana penjaja kuih apabila saya bercuti atau balik kampung. Saya sudah lama memerhati Kak Ana ini. Dia seorang wanita yang gigih, rajin dan bersemangat dalam apa yang dilakukan. Setiap apa yang dilakukan dibuat dengan bersungguh-sungguh.

Dahulu sebelum menjual kuih dengan basikal, Kak Ana mengambil upa membersihkan rumah orang, membersihkan pakaian dan apa sahaja kerja kampung yang boleh mendatangkan hasil.

Kemudiannya Kak Ana mencuba pula dengan menjual sayuran dan ikan. Hasilnya kayuhan basikal setiap pagi dan petang sudah memberi pulangan Kak Ana dan sudah pun mempunyai pelanggan tetap. Dalam banyak kekurangan, Kak Ana cuba berusaha untuk mendapatkan sumber pendapatan bagi menyara anak-anaknya yang agak ramai juga.

Beberapa minggu yang lalu, saya lihat lagi Kak Ana akan lalu setiap pagi membawa kuih muih dan nasi berlauk. Saya sempat membeli kuih dan nasi kerabu untuk Puteri Arora

Saya: Bakpo Kak tok jual ike doh, napok dok jual kuih jah?
Kenapa Kak Ana tak jual ikan, sudah jual kuih saja?

Kak Ana: Letih jua ike, baik jual sayur ngan kuih jah.
Jual ikan letih, lebih baik jual sayur dan sarapan pagi sahaja?

Dalam situasi ini Kak Ana sudahpun mempelbagaikan jualan, menggunakan peluang yang lebih baik dan sudah pun mempunyai pelanggan tetap. Apa yang ingin saya kongsikan, betapa Kak Ana mempunyai anak yang ramai, tidak berpendidikan dan juga serba kekurangan.

Asalkan dapat RM20 dan lebih sehari sudah mencukupi. Dalam kekurangan, Kak Ana mempunyai semangat yang kuat untuk bekerja dan ini bekerja sendiri dan berusaha semata-mata bergantung kepada usaha dan nasib. Tetapi nampaknya rezeki sudah memihak kepadanya.

Salam sayang,

'Rancang masa depan yang lebih bahagia dengan strategi dan tindakan penuh semangat mulai hari ini'

www.masayu-ahmad.com
www.masayuahmad.blogspot.com

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin