Sunday, November 29, 2009

Bagaimana mahu mula?

Teks: Masayu Ahmad

Ini adalah salah satu pertanyaan yang biasanya agak keliru untuk memulakan bisnes anda. Disebabkan kebanyakan anda adalah pengguna onile.Mari kita sama-sama cari peluang yang sesuai untuk anda.

Tentukan minat & kepakaran

Apa minat dan kepakaran anda miliki sekarang. Kemudiannya sesuaikan dengan kehendak pasaran dan juga permintaan.

Contohnya anda sangat suka membeli secara online. Boleh tukar minar membeli belah anda itu kepada peluang menjana pendapatan.

Bagaimana mahu mendapat sumber modal dan produk?

Banyak sumber yang boleh anda perolehi dengan modal yang minima. Cuba simpan modal untuk memulakan bisnes online anda. Simpan selama RM100 sebulan 10 selama sebulan. Anda kini sudah ada RM1000 modal terkumpul.

Bolehkah anda mulakan dengan modal RM1000.

Dalam negara

Antara tempat yang menjadi perhatian pemborong ialah, di Jalan Kenanga. Di situ adalah tempat pusat jualan borong yang cukup terkenal di Kuala Lumpur. Banyak pemilik butik, penjual pakaian dan aksesori, penjual pasar malam mendapatkan barangan di sini. Sekurang-kurangnya 3 helai atau setengah dozen. Harganya murah dibeli dengan kuantiti yang banyak.

Jika anda berada di Pantai Timur, sudah tentunya boleh mendapatkan murah di Kuala Kubu, Rantau Panjang dan Selatan Thai.

Luar negara

http://www.kursusborongchina.com

Ini adalah satu laman web yang membuka peluang untuk anda menjadi usahawan pemborong atau apasa sahaj jenis bisnes yang berkaitan. Ini adalah langkah seterusnya jika anda sudah bermula dengan bisnes yang ada dan ingin mengembangkan lagi bisnes anda.

Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman mengendalikan, Kursus Memborong di China dan juga menganjurkan “Rombongan Memborong ke China” untuk membuka jalan untuk memborong terus dari sumber, tidak kira sumber itu dari China, Vietnam, India, Korea atau mana-mana negara lain.

Lawatan ini adalah lawatan memborong sambil melancong. Peserta akan dibawa melawat ke Plaza-Plaza memborong di China. Antara tempat yang dilawati adalah seperti berikut :

Plaza Borong Pakaian
Plaza Borong Jam Tangan
Plaza Borong Kasut
Plaza Borong Aksesori
Plaza Barang Hiasan Rumah
Plaza Beg Tangan
Plaza Fabrik (Sutera dan kain Tirai)
Plaza Borong Elektronik (Shenzhen)
Plaza Borong Telefon Bimbit (Shenzhen)
Plaza Borong Cermin Mata
(hari bebas)
Plaza Borong Pakaian Kanak-kanak
(hari bebas)
Plaza Borong Kosmetik (hari bebas)

Nota & Ulasan: Pada pandangan saya ketepikan dahulu niat anda untuk melancong dan membuang duit buat sementara waktu. Simpan modal sekurang-kurangnya RM500 untuk mendapatkan ilmu keusahawanan ini. Bagi saya RM485 adalah satu permulaan untuk anda mendapatkan pendedahan tentang ilmu jual beli.

Antara Topik akan fokuskan dalam Kursus ini adalah :
YURAN KURSUS : RM485.00 (Deposit RM100.00)

BAB 1 : Pengenalan Negara China

BAB 2 : Urusan Paspot dan Visa

BAB 3 : Tiket Penerbangan

BAB 4 : Pada Hari Bertolak dan Tiba di China

BAB 5 : Penginapan (Harga Patut, Selamat dan sesuai)

BAB 6 : Restoran, Makanan dan Minuman
(Fokus kepada Orang Islam)

BAB 7 : Pengangkutan Tempatan
(Masalah, Tips dan cara mengatasi ditipu)

BAB 8 : Persediaan Tambahan
(Buka Akaun di China, Kenapa tak boleh bawa cash banyak)

BAB 9 : Kenal Pasti Duit Palsu - Antara masalah Utama yang perlu diketahui, bagaimana boleh diatasi.

BAB 10 : Membeli-belah dan Memborong
(Plaza Memborong yang patut dikunjungi)

BAB 11 : Contoh Produk-produk - Produk Terkini yang berpontensi di Pasaran Malaysia

BAB 12 : Pengangkutan Barang ke Malaysia
(Urusan Logistik selepas memborong)

BAB 13 : Penghantaran Duit dari Malaysia ke Pembekal

BAB 14 : Pameran Perniagaan

BAB 15 : Memperolehi idea untuk Mencari Pembekal dan produk terkini Melalui Website B2B

BAB 16 : Tempat-tempat Bersejarah Islam


Jaringan Usahawan

Apabila anda menyertai mana-mana jaringan atau persatuan usahawan, adan akan mula melihat banyak peluang baru yang selaras dengan minat. Dalam persatuan juga anda akan disyorkan tempat mendapatkan produk serta ilmu-ilmu keusahawanan yang lain. Usahanita, Peniagawati dan wanitamelayu.com adalah antara komuniti usahawan yang sesuai disertai.

Nota 2: Artikel promosi ini adalah salah satu usaha saya cuba memberi seberapa maklumat dan pengetahuan untuk pembaca blog ini. Saya tidak ada apa-apa hubungkait dengan pengendali kursus dan beliau tidak mengenali saya. Sekiranya anda ada kursus berkaitan yang dipromosikan dalam blog ini, boleh menghantar email terus kepada saya: pn.masayu@gmail.com. Sama-sama kita dapat berkongsi dan mengambil manfaat,semoga lebih ramai wanita boleh bekerja di rumah.

Salam penuh kasih sayang

www.masayuahmad.blogspot.com
www.masyu-ahmad.com

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin