Teks: Masayu Ahmad
Bismillah,
Salam hari Khamis bersamaan 19 November 2009. Hari ini saya masak bihun goreng Singapura untuk kanak-kanak riang. Geram juga dibuatnya pagi ini, semalam semuanya tidur lambat, pagi tadi bangun awal. Alahai anak-anak.
Jadinya untuk memastikan saya mampu buat kerja lain dengan lancar, saya segera memasak dahulu. Sudah suap Arif dan Aiman, maka redalah sikit riuh rendah, kerana perut sudah diisi. Hakim hari ini mahu makan sendiri. Selalunya jika saya tidak mahu bersepah, saya perlu suap. Hanya waktu malam dan ada hari juga mereka akan makan sendiri. Ikut mood dan pilihan. Jika saya punya waktu lapang dan tidak tergesa-gesa, saya akan melayan mereka sehingga mereka puas hati.
Persediaan mental dan fizikal
Banyak pandangan yang mengatakan, seronoknya duduk rumah dan jaga anak. Banyak masa rehat, boleh lepak-lepak dan sebagainya. Jawapan untuk pandangan ini tidak semestinya betul dan bergantung kepada keadaan.
Bertugas sebagai surirumah memerlukan komitmen 24 jam sehari dan kerjanya tidak pernah selesai. Itulah pentingnya persediaan mental dan fizikal, agar anda benar-benar bersedia. Tambahan pula jika mempunyai anak-anak yang kecil dan aktif sentiasa. Namun cabaran itu sememangnya ada jalan dan panduan, insya-allah.
Sepenat manapun suririmah, penat akan hilang dengan gelak tawa anak-anak. Letih mengemas di atas, dibawah pula kelam kabut. Selesai basuh bilik air, di dapur pula sedang berlaku operasi. Selesai mengemas di sini, di sana pula menanti.
Jangan panik dengan keadaan demikian, kerana lumrah anak-anak yang aktif tidak akan duduk diam daripada melakukan apa-apa aktiviti. Jadinya di sinilah, anda perlu pandai membuat jadual tugasan harian, mingguan dan bulanan. Tidak semestinya anda perlu terikat seratus peratus dengan jadual tersebut. Sekurang-kurangnya anda ada garis panduan agar anda tidak buang masa dengan perkara yang tidak sepatutnya.
Menjadi surirumah seumpama Jihad, kerana kita berjuang membentuk generasi mengikut acuan Islam. Air tangan ibu tidak akan sama dengan air tangan pengasuh, pusat jagaan malah bibik.
Air tangan bukan sahaja masa kita menyuap anak, memasak. Ianya lebih dari itu, bagaimana rutin seharian dapat digunakan bersama mereka. Membasuh cebok, memandikan, memujuk ketika menangis, mendodoi ketika tidur, menjadi guru mengenal A,B,C dan Alif, Ba, Ta.
Dalam 24 jam, kita sentiasa bersama mereka. Melihat proses membesar di depan mata. Sekurang-kurangnya kita sentiasa bersama. Proses membesar hanya sekali, dan apabila mereka sudah matang, mereka akan meninggalkan kita mengikut pilihan hidup masing-masing. Ketika kecil ini sahaja, waktu emas untuk bersama dan jangan sia-siakan waktu emas ini. Jika ada anak seorang, hanya sekali sahaja masa emas, dan jika bernasib baik 4, hanya 4 kali sahaja. Tiada ulangan lagi.
Jadual harian
Jadual harian di sini, bermaksud, tandakan hari, dan dari jam ke jam apa yang perlu dilakukan dan apa yang sudah. Buat catatan agar anda tidak terbabas melakukan perkara lain. Kerana keutamaan anda sekarang menguruskan rumah tangga dengan cekap pada masa yang sama fokus untuk menjana pendapatan tidak terganggu.
Perkara biasa vs luar biasa
Rutin biasa anda akan membeli barangan dapur pada hujung minggu sama ada Sabtu dan Ahad selepas mendapat gaji. Jadi apa yang seronoknya untuk surirumah luar biasa, jadikan hari lain sebagai hari membeli keperluan. Anda tidak perlu beratur panjang dan bersesak-sesak. Malah ruang legar membeli belah sangat lapang dan memudahkan anda untuk cepat dan menjimatkan masa.
Begitu juga tempat-tempat awam yang lain, taman permainan ketika hari bekerja atau hari biasa, sangat lengang dan seronok. Kadangkala saya akan bawa ke tempat-tempat permainan yang digemari anak-anak. Sambil bersantai membaca buku, mereka riang dan gembira dapat menikmati suasana santai tanpa gangguan orang lain.
2 comments:
i suka sbnrnye kasik sami mkn sdr.. tapi bila dia suap sdr.. byk suap ke lantai.. so kena makesure la dia suap ke mulut hahahah
sepah? ala kalu dia xmkn sdr pon umah mmg dh bersepah ahhahahaa
kalau nk depa makan sendiri, say kena ada kt situ,, kalau tinggal lima minit kemudian habislahh...
memang nk kontrol ayu masa marah tukar jadi hulk..heheh ;D
Post a Comment