Tuesday, November 24, 2009
Cabaran bekerja di rumah godaan tv,tilam dan internet
Salam pagi selasa bersamaan 24 November 2009.
Bismillah
Persediaan sebelum anda benar-benar memulakan usaha bekerja di rumah adalah perlu agar anda tidak terbeban. Sebelum berjaya, sudah pastinya ada cabaran dan kekangan. Namun sekiranya sudah tekad untuk berada di rumah sebarang persediaan adalah perlu, untuk memastikan anda kekal bersemangat walaupun cabaran yang datang boleh menurunkan semangat juang.
Berikut beberapa panduan untuk anda lebih yakin sebelum menghantar notis berhenti kerja.
Cabaran bekerja di rumah
Pastikan anda tidak mudah terpedaya dengan suasana di rumah, panggilan tilam yang empuk, siaran tv dan juga kemudahan internet. Sebelum berhenti kerja anda produktif dan pastikan juga anda turut produktif dan mampu mengimbangi tugas seimbang antara kerja dan urusan rumahtangga. Kadangkala anda tidak boleh melayan rasa malas
Aku bekerja sendiri jadi lebih baik sambung tidur sahaja.
Hari ini ada drama menarik di tv, jadi mahu luangkan masa untuk menonton.
Ini antara toksin yang perlu anda uruskan sekiranya berada di rumah. Bukan tidak boleh, tetapi perlu berhati-hati. Sekiranya sudah kebiasaan anda menyambung tidur semula selepas bangun pagi, ianya sudah menjadi tabiat. Lama-kelamaan anda sudah tidak produktif kerana menghabiskan masa berkualiti waktu pagi dengan hanya untuk berehat dan menyambung semula tidur.
Tv adalah salah satu medium maklumat yang kadangkala membuatkan anda terleka. Sekiranya anda mengikut satu episod drama, membuatkan anda ketagih untuk mengikuti episod seterusnya. Paling bagus jika anda tidak menonton terus dari awal. Ia memudahkan anda agar tidak terjebak membuang masa dengan menonton, pada masa yang sama anda perlu menggunakan masa tersebut untuk melakukan kerja yang lebih menjadi keutamaan.
Melayan permainan siber (game) juga kadangakala tidak ada faedahnya. Bagi sesetengah orang ianya merelakskan minda, dan ada pandangan juga boleh meredakan masalah yang kusut. Banyak alternatif lain yang boleh merehatkan minda contoh, melayan anak-anak, mengemas rumah, membaca buku atau menanam bungaan atau tanaman hijau. Pilihan terbaik adalah di tangan anda.
Salam penuh kasih sayang
Teruskan berjuang, walau anda diasak pelbagai dugaan.
www.masayuahmad.blogspot.com
Labels:
Working At Home Mama (WAHM)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
tompang komen lagi.. hehe
kuat jugak cabaran keje kt umah, dengan segala jenis godaan.. ishk3
same je kak dgn cabaran cuti semester macam saye neh.. ;)
cik zatil
duduk di rumah tidak semestinya tidak ada cabaran,
gunalah peluang masa cuti semester dengan pengisian sebaik mungkin,
bagus zatil, muda-muda sudah pandai cari pengisian ilmu surirumah untuk masa depan ;D
tv, tilam dan game langsung tidak mencabar saya....
apa yg lebih mencabar bagi wahm maidless spt saya adalah anak2... terasa sgt seolah tidak puas bekerja
Wan anie
tidak semua orang sama cabarannya
nasib saya ni tidak berapa pandai nak main game siber dan tv pun kadang2 aje..
rasa mcm tak cukup 24 jam sahaja, cepat sahaja berlalu siang dan berlabuh malam
Betul2...di rumah lebih banyak dugaannya...perlu sentiasa memerhati segenap bucu...
Sitisifir
Kalau ada anak-anak kecil, tenaga untuk mengemas perlu sentiasa ada..
kemas di sini di sana berselerak, kemas di atas, di bawah menanti
sabar ajelah
betul3
Post a Comment