Friday, November 27, 2009

Berjuang terus berjuang

Nukilan: Masayu Ahmad

Melankolik kehidupan
Menyusur alur
Meredah badai

Arus perlu lurus
Akur hukum alam
Namun
Berjuang terus berjuang

Badai di lautan
Ombak ganas memecah benteng
Kadang kuat
Kadang lemah

Harus terus
Harus kuat
Harus tabah

Aku pejuang
Peluru bersasak menembus
Atur strategi

Perlu bijak melawan
Bijak memutar akal
Lawan atau bertahan
Lawan atau rebah

Semestinya
Semakin diasak semakin kuat
Berjuta peluru
Hanya ibarat hujan lebat

Walau basah
Penuh berhikmah

Catatan: 4.50 petang

Salam Aidul Adha

1 comment:

UstazCahaya said...

Andai perjuangan itu ibarat sebatang tubuh, pasti pengorbanan adalah ibarat nafasnya..

kerana tiada perjuangan tanpa pengorbanan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin