Teks: Masayu Ahmad
Masa kecil dulu tidak sah jika tidak main pondok-pondok. Disebabkan kami tinggal di kawasan pantai, jadinya pondok kami beratapkan pelepah atau daun kelapa. Biasanya daun kelapa kering akan gugur sendiri apabila sudah matang atau berwarna coklat.
Di bahagian dapur di belakang rumah, ada sebatang pokok gajus yang besar. Biasanya dahan yang kukuh kami buat buaian, waktu petang saya, kakak dan anak-anak jiran yang lain akan bermain di situ.
Pondok kecil kami berdaun kelapa
Berbalik pondok kecil kami yang berlantaikan tanah, berdinding dan berbumbungkan pelepah daun kelapa. Pagi hingga petang kami akan menghabiskan masa di situ. Setiap orang ada satu pondok kepunyaan masing-masing atau berkongsi. Pondok saya dan kakak besar sedikit, sebab kami tuan rumah.
Makan tengahari kami bawa bekal dan makan di dalam pondok kecil kami. Sebelah dapur sahaja, jadi asyik ulang alik bawa makanan. Jika petang bawa kuih atau cekodok. Sangat seronok. Lantai tanah kami beralaskan daun-daun kering, dan ambil kain sarung emak buat alas.
Jika tiba waktu main masak-masak, kami akan kutip sejenis daun berwarna hijau (sudah lupa apa nama pangilan). Akan dihiris halus-halus, jadinya terhasillah bihun atau masakan mee. Tempurung kelapa biasanya dijadikan sebagai pinggan mangkuk.
Ada sejenis buah hutan sebijik macam buah anggur. Kami akan kutip dan letak di dapur, kiranya itu hidangan istimewa. Jika mahu minyak kami akan proses menggunakan sejenis daun dan ditambah air. Diramas dan diperah, maka terhasilah minyak masak.
Kita dahulu tak ada mainan yang moden macam sekarang ini, anak-anak sekarang sangatlah bertuah kerana mempunyai pelbagai jenis mainan, hanya tunjuk dan dapat.
Tetapi nostalgia masa kanak-kanak sampai bila-bila pun tak akan lupa. Antara permainan waktu petang, congkak, bola kayu tiga, bola lubang, bola susun tin susu.
Mandi baruh
Lepas balik sekolah dan selesai mengaji Quran, kami akan keluar untuk bermain. Orang Kelantan panggil derak (berjalan, bersiar dan bermain). Sudah penat derak barulah balik rumah, tetapi perlu balik sebelum maghrib. Ayah masa saya kecil sangatlah bekeng (garang), terapi jarang sekali tangan ayah menyentuh tubuh saya. Kami tahu ayah garang dan marah jika kami lakukan seperti laranganya.
Ayah tidak pernahlah bagitahu secara terus apa permainan yang boleh dan tidak boleh. Ianya banyak disampaikan melalui emak.
“Kalu ayah mung tahu gak, nantilah kena piap”. (Jika ayah tahu, nanti kena pukul)
Padahal tidak pernah pun ayah pukul kami. Ianya sebagai larangan dan ingatan keras sahaja. Jadi setiap kali mahu ke pantai, saya atau kakak selalu beringat. Kalau ayah tahu habislah kami. Kadang-kadang bila terlepas ke pantai, kamai hanya tengok sahaja kanak-kanak lain mandi air laut. Kami hanya berani bermain di gigi air sahaja. Pesanan dan ingatan emak akan tergiang-giang di minda.
Mandi baruh
Larangan ayah yang kami sentiasa ingat, jangan main tepi pantai, jangan mandi laut, jangan mandi baruh atau sungai depan rumah. Jadi kami hanya menelan air liur sahaja apabila melihat rakan-rakan yang lain mandi dan terjun dengan seronoknya dalam baruh depan rumah.
Baruh itu bersih dan jernih, kerana aliran tali air menghala ke sungai. Sungai tersebut pemisah antara kampung kami dan kampung Sabak. Air sungai terus menghala ke laut lepas.
Kami kanak-kanak perempuan biasanya hanya bertenggek di tebing baruh, melihat pelbagai aksi kanak-kanak lain mandi dengan suka ria. Ada budak-budak lelaki yang besar sikit akan buat aksi atau terjunam yang menarik. Kami hanya akan ketawa beramai-ramai dari atas tebing. Dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu betapa mahu sertai mereka.
Hinggalah pada suatu hari, saya dan kakak bersetuju untuk mandi tanpa pengetahuan ayah. Masa tu hujan renyai-renyai, jadinya kami mahu melepaskan kempunan untuk mandi baruh. Mana boleh tahan, asyik tengok orang lain sahaja yang mandi.
Sebab kami tahu ayah balik lambat, jadinya kami mula meneruskan rancangan mandi baruh dan berjanji siapapun antara kami tidak boleh bocorkan rahsia.
Perasaan boleh mandi baruh hanya tuhan sahaja yang tahu. Kami berendam, menyelam, buat terjunan dan macam-macam aksi lagi. Ada satu ketika saya cuba menenggelamkan badan ke dasar baruh.
Saya peluk seluruh tubuh dan bulatkan badan, seperti merengkok dan memeluk lutut. Jadinya badan saya tenggelam hingga ke dasar. Apa yang berlaku badan saya timbul semula ke permukaan air. Dapatlah saya praktikkan keseimbangan badan, walau tak belajar kat mana-mana. Cuma atas inisiatif mencuba dan nak tahu.
Sebelum petang kami pulang, sangat takut juga nanti ayah marah. Disebabkan kena marah emak, maka rahsia kami bocor. Saya lari lintang pukang bila dikejar emak ;D. Saya berjaya menyelamatkan diri dan bersembunyi dalam bilik di celah almari. Di depan saya tikar-tikat mengkuang yang disandarkan. Duduklah saya di situ menyembunyikan diri.
Nasib kakak tak seberapa baik. Kakak berjaya dikejar emak, mungkin juga kena hukuman dengan lidi penyapu. Saya dengar kakak menangis, sambil tu saya diam-diam sahaja celah almari didepannya tikar mengkuang. :D
6 comments:
dulu kecik2 saya la yg selalu kena sebat ahhahah sbb degil sgt sume nk buat. tapi satu rules yg kitorg ikut. before maghrib kena blk, mghrib tu dh cantek2 mandi siap pakai baju and get ready semayang n ngaji:D
seronoknya main pondok2... anak-anak sekarang banyak main maya jek...
Ely
Biasalah masa kanak-kanak, bukan degil sebenarnya, tapi suka mencuba benda yang dilarang. Saya pun nakal juga.;D
aashaku
saya cuba buat pelbagaikan mainan untuk kanak-kanak riang di rumah
ambil dua penghadang, buat khemah.. penutup khemah dan lapik dari comforter..
khemah ni pula, boleh ubahsuai tempat dan warna
kadang2 depan tv, kadang dalam bilik, ikut mana lokasi kanak-kanak riang suka
Dekat2 cuti sekolah ni, kak Mas mengimbau nostalgia saya. Seronok betul. Lain tempat, lain pula nostalgianya.
Zaman kanak-kanak saya jauh dari semua yang akak cerita ni kerana saya membesar di kawasan perumahan.
Apapun, memang zaman kanak2 adalah zaman terindah.
Suka dengan cara akak yang kreatif melayan anak bermain. Untung nya menjadi SAHM dan WAHM:-)
UstazCahaya
Saya ni budak kampung, dan saya suka kenal asal usul saya,
Jika blog ini umur panjang, bolehlah anak-anak baca bila saya tua atau daha tak ada kelak
Cumanya sekadar saya belum lagi mengambil gambar, sangat lah malas mahu ambil gambar, tetapi jika ada waktu luang kelak, saya mahu rakamkan tempat2 permainan saya masa kecil2 dulu.
Post a Comment