Sunday, November 15, 2009

Udara segar di pagi nyaman, Alhamdulillah

Teks: Masayu Ahmad
Foto:

Salam pagi Selasa

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar pagi hari. Air hujan semalam masih melekat pada daun dan lopak-lopak bunga. Sungguh indah pagi ini, kabus masih menyelinap di balik bukit. Pemandangan di hadapan rumah saya, bukit-bukau yang sangat menghidupkan suasana pagi. Rasa nyaman dan ditambah pula udara segar bugar.

Apa ya, sarapan kalian hari ini? Saya masih menu yang biasa-biasa dan mudah sahaja. Semalam roti bakar dan telur separuh masak. Hari ini sandwich roti bakar. Mudah sahaja, letak sedikit butter di permukaan roti dan tekapkan atas kuali. Biar nampak garing dan warna kekuningan. Untuk inti, goreng telur, campurkan bersama ikan sardin (Lebihan isi sardin untuk kanak-kanak riang semalam)

Kapit bersama roti, di celahnya isi telur dan sardin tadi. Hidang bersama air minuman panas. Tentunya kami pilih kopi radix.

Hari ini sepatutnya en.suami ke Johor Bharu pula, tetapi tidak jadi. Nasib baik. Sudah menemankan suami menjamah sarapan, Aiman sudah bangun. Terus si ayah bawa Aiman, pusing-pusing keliling taman. Balik daripada lawatan Aiman sambung bermain basikal bersama abang Arif di laman rumah. Jadinya pada masa yang sama saya boleh jemur kain dan siapkan hidangan sarapan mereka. Agaknya cuaca hari ini akan terang, banyak kain yang perlu dikeringkan. Mudah-mudahan.

Salam sayang

www.masayu-ahmad.com
www.masayuahmad.blogspot.com

4 comments:

UstazCahaya said...

Suasana pagi memang indah. Saya paling suka suasana pagi di kawasan kampung dan pedalaman. Indah, segar dan nyaman sekali.

Saya pernah duduk di pedalaman dekat sempadan Sarawak-Kalimantan. Kawasan tersebut berbukit bukau dan masih dikelilingi hutan. Indah, nyaman dan segar sekali.

Salamat pagi dan sarapan kpd kak mas bersama suami dan anak2. Saya baru lepas menikmati nasi lemak dgn telur.

Masayu Ahmad said...

Ustaz Cahaya

Salam pagi yang nyama,

Kak Mas suka suanana bukit bukau di Sabah,terumata di lereng Bukit Kundasang

Teringat pula memori ketika kami di lereng bukit kundasang dan Ranau, betapa suburnya sayuran dan tanaman, juga suasana berkabus di kaki Gunung Kinabalu.

Tak tahu bila akan tiba di sana lagi. Insya-Allah jika umur panjang dan rezeki mahu lagi ke sana.

Ustaz perlu kahwin dah tu, nanti senang orang rumah aje yang sediakan;D

UstazCahaya said...

Ayat yang akhir tu buat saya tersenyum kambeng:-) hehehe.

Tiba2 di telinga saya terngiang2 lagu wali band-cari jodoh;D

Masayu Ahmad said...

UstazCahaya

Tak apa nanti kita cuba intai-intai calon yang sesuai di sini.

Manalah tahu kan. Semestinya salah satu syarat suka berada di rumah dan pandai pula jana pendapatan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin