Sunday, November 15, 2009
Hujan lebat diluar sana
Teks: Masayu Ahmad
Foto: Cik Google
Hujan lebat di luar sana. Kain baju masih banyak yang belum kering. Hampir setiap hari hujan, tidak ubah seperti musim tengkujuh pula. Saya gemar sekali dalam keadaan begini, sejuk dan nyaman. Kanak-kanak riang sudah lena dan terbungkam enak di tiga lokasi. Arif lena memeluk sofa, Hakim depan tv dan Aiman paling best, lena di atas tilam empuk.
Saya perlu segera memasak, apabila kanak-kanak riang bangun, mereka akan makan. Sejuk-sejuk begini perut cepat lapar. Saya perlu menyudahi mengemas dapur dan mula memasak. Ditambah perasaan ingin minum, minuman panas, lalu pekena kopi radix secawan. Mai secawan!
En. Suami hari ini perlu bekerja diluar KL. Jadinya semoga perjalanan pergi dan balik selamat. Saya perlu menyiapkan hidangan yang digemarinya, sudah tentunya sambal sotong, udang atau ikan. Kita tengok nanti, apa menu yang siap untuk malam nanti.
Sarapan pagi tadi saya menyediakan roti bakar, telur separuh masak dan kopi radix.
Manakala kanak-kanak riang makan roti berintikan telur mata yang diletak kicap. Sungguh selera mereka makan. Semalam hari minggu, biasanya makan berat sebelah pagi iaitu nasi berlauk Kelantan.
Senarai Blog List kategori SAHM, WAHM & SOHO
Nampaknya sudah ada penyertaan untuk peraduan yang baru sahaja diwar-warkan. Antara matlamat saya adalah ingin mengenali pembaca senyap (jika ada) juga senarai follower yang tidak pernah meninggalkan jejak. Sekurang-kurangnya saya mahu juga tahu apa aktiviti dan perkembangan ramai ibu muda di luar sana. Selain itu juga mahu berhubung dengan kumpulan yang mempunyai minat, tujuan dan matlamat yang sama.
Jika anda perasaan, saya sudah buat senarai baru blog list baru (sila lihat senarai di sebelah kanan). Ada tiga kategori iaiti SAHM, WAHM, SOHO & Ibu Bekerjaya. Peserta pertama Sitisifir sudahpun berada dalam kategori pertama untuk WAHM.
Maksudhnya siapa yang berada di SAHM kemungkinan pada masa hadapan akan bergerak ke WAHM dan yang sudah berada di WAHM akan mempunyai SOHO sendiri di rumah. Pejabat SOHO ini akan menjadi inspirasi buat teman-teman lain untuk berusaha mencapai matlamat tersebut. Saya belum menunjukkan SOHO saya di rumah ini, jika sudah sampai masanya kelak akan saya tunjukkan SOHO saya yang tidak seberapa ini.
Manakala bagi ibu yang bekerjaya, boleh juga mempunyai SOHO. Maksudnya bagi ibu yang masih bekerja pada masa yang sama sudah melakukan menjana pendapatan sampingan. Tidak kiralah separuh masa, bekerja sendiri, bisnes online atau apa sahaja.
Rumahku Syurgaku,
Hiasilah ia dengan penuh warna,
Nikmati keindahannya bersama keluarga (Eceh, keluar pula pantun tiga kerat)
Ok, saya mahu sambung semula aktiviti memasak.
Salam sayang.
www.masayu-ahmad.com
www.masayuahmad.blogspot.com
Labels:
Catatan Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment