Teks: Masayu Ahmad
Foto: Cik google
Salam hari Sabtu, apa rancangan hujung minggu anda? Saya Keluar membawa anak-anak sambil membeli barang keperluan. Saya belum boleh ke mana-mana, senarai tugas panjang masih menunggu dengan penuh setia untuk dikerjakan.
Kesegaran minda
Apa dia kesegaran minda? Pada saya kesegaran minda ibarat satu terapi untuk menenangkan fikiran dan juga memberi tenaga baru yang boleh meresap jauh dalam diri. Ianya akan akan memberi impak kepada luaran, fizikal, semangat dan ketahanan diri.
Memandangkan setiap orang mempunyai rutin harian yang sentiasa sibuk, amatlah perlu kita mencari terapi untuk meningkatkan kesegaran minda. Bagaimana caranya?
Amat jelas dalam kehidupan seharian mengambil wuduk, menunaikan solat dan berzikir adalah satu terapi yang tiada tandingan. Air wuduk akan meresap di liang roma memberi rasa sejuk dan nyaman. Solat memberi ketenangan tersendiri ketika kita bersatu dalam diri dan berserah kepada-Nya.
Zikir, amalan zikir harian dalam apa sahaja yang kita lakukan mengelakkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa mudaratkan diri. Bercakap sia-sia, mengumpat, dendam, sakit hati boleh dijauhi dengan amalan-amalan ini. Amalan negatif sebegini membuatkan diri kita sentiasa tidak keruan dan resah gelisah. Mencari kesalahan orang lain dan hanya sibuk memikirkan perkar-perkara yang tidak meningkatkan kualiti diri (aiseh macam ustazah pulak).
Saya akan pening dan mudah sakit kepala apabila berdepan dengan suasana jalan sesak, suara memekik-mekik, kepanasan melampau. Jadi saya seboleh mungkin akan mengelak untuk menghadapi suasana sebegini. Satu lagi jika tidak cukup tidur, sangatlah tidak boleh, rehat yang cukup adalah perkara yang cukup mustahak. Jadi tempat terbaik bagi saya, adalah rumah sendiri. Rasa tenang dan damai, walaupun aksi kanak-kanak riang ini boleh juga bikin kepala pusing.
Terapi diri untuk ketenangan dalaman
Kadangkala saya juga gemar melakukan rawatan yang boleh melegakan diri apabila berada dalam desakan rutin yang sesak dan badan yang letih. Urutan refleksologi adalah salah satu pilihan saya. Tekanan pada saraf dan bahagian yang tenat membuatkan muka berkerut-kerut menahan sakit dan geli.
Beberapa ketika selepas 30 hingga 45 minit, badan terasa ringan dan kecergasan mula memberi ruang pada fizikal. Urutan refleksologi Thai amatlah mujarab berbanding, refleksologi lain. Mungkin juga kepakaran mereka dalam bidang urutan. Saya pernah mencuba refleksologi di Ampang Park, ternyata ianya tidak memberi kesan yang lama. Tempat pilihan di Ampang Point yang membuatkan hati saya selalu tercuit-cuit mahu ke sana lagi.
Spa
Ini salah satu destinasi jika saya benar-benar mahukan rehat. Sudah lama sebenarnnya tidak memanjakan diri. Saya hanya plilih urutan dan sauna sahaja. Gabungan untuk memberi kesegaran badan. Bagi wanita selepas bersalin biasanya sangatlah sesuai untuk lebih kerap menjaga dalaman dan juga luaran.
Gedung ilmu
Hobi utama saya sudah tentunya lenyap dalam suasana buku-buku yang mengiurkan. Acapkali jika ke Popular atau MPH, membuat saya tenggelam dalam lautan ilmu. Kalau boleh berada di situ 24 atau satu hari satu malam pun tidak mengapa. Dapat pula banyak jenis buku kegemaran, membuatkan mata buntang sehinggalah baru sedar sudah lama dan perlu beredar. Jika mahu ke sana, saya perlu pastikan saya seorang diri, kalau tidak jenuh orang yang menunggu.
Salam penuh kasih sayang
Maafkan sesiapa sahaja yang pernah menyakiti hati kita, kerana ianya boleh membuatkan jiwa kita tenang-setenangnya
www.masayu-ahmad.com
www.masayuahmad.blogspot.com
5 comments:
Selamat berhujung minggu (-:
Hida Naza
Salam hujung minggu juga buat ida sekeluarga ;D
Terapi minda saya apabila dapat memeluk si bayi yang comel, bermain dengan anak-anak dan bersiar2 di tempat yg tenang (tasik atau laut) :))
Wan Anie
Kesian bayi yg tak comel hihi ;D(gurau aje), mana-mana bayi harumannya wangi dan rasa tenang aje bila dipeluk.
Saya pun suka peluk bayi, nak2 kalau lepas mandi dan bersih.
Post a Comment