Sunday, November 15, 2009

Deko, deko, deko lagi!

Teks: Masayu Ahmad

Antara persediaan yang perlu ada sekiranya anda ingin bekerja di rumah atau mempunyai pejabat kecil, seharusnya keperluan peralatan dan ruang perlu diambil kira.

Peralatan

Peralatan asas yang perlu ada sudah semestinya set peralatan komputer yang lengkap, kemudahan internet, telefon dan faks sekiranya perlu.

Ruang atau bilik

Pilih ruang yang mempunyai kadar privasi tinggi untuk anda, dan anda seronok untuk berada di situ. Pilih satu sudut pada mana-mana bahagian di rumah anda. Pastikan pencahayaan dan aliran udara yang segar.

Jika ada sebuah bilik yang sesuai, jadikan ia pejabat. Memudahkan anda daripada gangguan anak-anak kecil.

Kedudukan di tepi tingkap juga amat membantu anda untuk melepaskan pandangan ketika rasa penat bekerja. Suasana waktu pagi yang nyaman sangat membantu memberi mood baik untuk bekerja.

Pastikan ruang kerja sentiasa kemas, bersih dan tidak berselerak. Ambil masa 10 minit setiap hari untuk memastikan ruangan kerja berada dalam keadaan kemas sentiasa.

Rak atau kabinet buku

Bagi kerja yang mempunyai banyak kajian dan penyelidikan rak buku adalah perkara utama yang perlu ada. Selain itu juga bahan bacaan seperti buku adalah perlu menjadi kewajipan sama ada buku motivasi, bisnes atau pun fiksyen. Isi masa senggang dengan membaca dan menambah ilmu berkaitan bidang bisnes atau bidang dan kepakaran anda.

Jom kita lihat beberapa pilihan deko untuk bekerja di rumah hasil carian google.

Pilihan 1:

httpwww.officedesigngallery.com


Pilihan 2

www.the-household.com


Pilihan 3:

www.genuinestyle.net


Pilihan 4:

http://blog.silive.com


Nota 1: Saya akan umumkan sedikit masa lagi tarikh tutup peraduan dan juga penaja hadiah kali ini. Pemenang akan dipilih oleh penaja dan beberapa kriteria tertentu.

Nota 2: Saya sudah mendapatkan penaja untuk contest ke-dua yang akan berlangsung selepas tamat peraduan pertama. Ianya juga menarik, pastikan anda mendapat info dari masa ke semasa.

2 comments:

zureen @ mama said...

Info yg sangat membantu..terima kasih.

Masayu Ahmad said...

zureen@mam

sama-sama kasih

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin