Monday, November 23, 2009

Cekodok malas menu petang kanak-kanak riang

Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://farm3.static.flickr.com

Selepas sesi makan tengahari kanak-kanak riang kembali dengan mood ingin bermain. Sedang asyik buat kerja banyak pula gangguan yang tiba. Jadinya saya menyiapkan menu petang kanak-kanak riang.


Siap juga cekodok ikan bilis. Mudah saja gandum, air, telur, bawang, ikan bilis, gula dan garam. Hampir setiap hari sekarang ini perlu sediakan menu petang, disebabkan hari hujan.

Dua hari berturut-turut menu cekodok pisang dan lekor. Sekejap sahaja habis. Selesai satu pinggan yang digoreng, saya baru selesai satu pinggan lagi. Tengok yang tengah dimakan sudah licin. Sangat laju pelanggan memesan order. Sampaikan tak sempat nak siapkan order lain.

Alhamdulillah, apabila tengok anak-anak berselera makan, maka suka hati saya melihatnya. Tidak sia-sia memasak walaupun kadangkala menunya ala kadar sahaja.

Mereka juga suka beringat.

Hakim: Jom makan kawan-kawan. (Mengajak adik-adik makan, macam di sekolah agaknya)

Atau

Hakim: Hakim satu, Arif satu, Aiman satu.

Saya seupaya mengingatkan Hakim makan sama-sama, sikit sama sikit, banyak sama banyak.

Hakim kini sudah pandai pakai baju dan seluar sendiri. Masuk tandas dengan berdikari. Tidak susah-susah lagi. Cuma saya hanya memeriksa bersih atau tidak sahaja.

Hakim: Ibu Hakim nak kencing ya.

Dia akan mengingatkan saya. Namun semalam Hakim terbabas kencing atas tilam dek kerana kesejukan.

Hakim dah besar tak payah pakai pampers. Hampir setiap hari saya mengingatkan perkara ini. Hakim memutuskan tidak pakai pampers dengan persetujuan sendiri tanpa ada paksaan.

Pada awal-awal latihan ke tandas, Hakim hanya pakai baju dan seluar kecil sahaja. Mudah baginya untuk keluar masuk tandas. Pintu tandas sentiasa terbuka dan ada kerusi di tepi pintu di bawah suis. Memudahkan untuknya memetik suis lampu. Dua minggu berturut-turut Hakim suka bogel dan hanya memakai baju, minggu ke tiga sudah ok, pakai seluar dan boleh sesuaikan diri apabila mahu terkucil dan buang air besar.

Nota: Ada beberapa blogger yang mahu bertukar link, tetapi saya lupa. Sila nyatakan dalam komen dan ingatkan saya.

3 comments:

zureen @ mama said...

Masa zureen dalam proses pembebasan pampers utk anak2..memang mencabar juga kadang2..

But yg paling utama ialah :kesabaran..(jimat bila anak2sudah tidak lagi berpampers..he3)

Hida Naza said...

Saya masih mencari strategi sesuai untuk melatih anak ke tandas. Tambahan rumah sewa di sini semuanya bercarpet. Bimbang juga.

Masayu Ahmad said...

Zureen @ mama

sabar dan tidak perlu paksa, lama-lama dia mahu sendiri berdikari

Hida Naza,

Banyak cara, tapi ikutlah yang mana rasa sesuai dan mudah, lain orang lain strateginya

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin