Teks: Masayu Ahmad
Assalamulaikum w.b.t salam hujung minggu buat teman-teman sekalian
Hari ini adalah hari berehat sedunia. Buat diri sendiri yang hampir kehabisan tenaga yang perlu re-charge semula. Hari ini saya bercuti daripada melakukan sebarang kerja rumah. Sangatlah bersenang lenang dari pagi sampai ke petang. Terima kasih buat en.suami yang membantu saya dengan penuh jiwa raga mengambil alih tugasan. Mungkin kerana kepenatan sepanjang minggu, itulah penangannya.
Selepas zuhur kami keluar untuk makan tengahari dan membeli belah barangan dapur. Anak-anak sangat seronok dibawa keluar. Sebelum tiba di rumah rancangannya mahu membawa mereka ke taman permainan, tetapi terpaksa dibatalkan. Saya sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di petang hari.
Aiman terlena dalam pelukan manakala Arif sudah terlentok kepalanya di belakang. Hakim masih cerah cuaca (mata masih buntang). Kami hanya pulang ke rumah. Selepas kekenyangan dan menghirup udara luar, saya kembali bertenaga. Idea mula mencurah-curah. Terus sahaja menghadap komputer menyiapkan tugasan yang masih dalam senarai panjang. Sangat mujarab tidur dan rehat yang cukup. Saya tidak memasak apa-apa menu hari ini. Dapur juga turut bercuti. Sebabnya malam sebelumnya setiap hari hidangan istimewa.
Mabuk fesbuk
Nampaknya semakin ramai yang mabuk fesbuk. Sudah ramai kawan lama dan baru dapat dijejaki. Tetapi kadangkala membuatkan kerja terbenkalai kalau dah terlalu ralit (asyik). Apapun kemajuan teknologi ada kebaikan dan keburukan, tinggal sahaja kita pandai-pandainya menggunakan dengan cara terbaik (macam mak nenek membebel pula).
Apapun yang anda lakukan hari ini, selamat berhujung minggu. Esok sahajalah saya mahu masak menu istimewa untuk keluarga.
Salam sukses dari meja WAHM
www.masayu-ahmad.com
www.masayuahmad.blogspot.com
Pra promosi: Akan menemui anda!
1. Ebook Panduan Bekerja di rumah untuk SOHO, SAHM & WAHM (www.janawangdirumah.com)
2. Ebook Idea Bisnes Kesihatan & Kecantikan (www.tipcantiksihat.com)
No comments:
Post a Comment