Tuesday, August 18, 2009

pilihan sumber makanan untuk mencegah selsema babi

Teks: Masayu Ahmad

Pencegahan selsema babi siri 2

Beberapa pilihan sumber makanan untuk mencegah selsema babi

Produk organik

Pentingnya produk organik ialah tidak menggunakan bahan kimia untuk proses pembesaran dan tumbesran. Terutama untuk makanan berdaging seperti ayam dan daging.

Pilihan yang ada ialah menggunakan produk ayam organik. Setakat ini saya hanya menggunakan ayam organik untuk sajian ahli keluarga. Ianya bebas penggunaan bahan untuk mempercepatkan dan menggemukkan daging ayam. Juga mempunyai tempoh yang lebih lama daripada ayam daging yang disegerakan tumbesarannya untuk keperluan pasaran.

Sumber laut

Pilihan lain tidak menggunakan barangan atau produk olahan, contohnya seperti nugget, sosej atau produk yang diolah daripada sumber dalaman haiwan.

Contoh bebola ikan (fish ball) yang berwarna putih, berdasarkan kajian yang sudah dijalankan dan dibentangkan dalam satu seminar. Bebola ikan yang benar-benar asli adalah berwarna keperangan dan coklat. Jika bewarna putih bersih, ada unsur-unsur was-was, apa yang meyebabkan isinya menjadi putih. Jika kita tengok hasil keropok lekor yang bersumberkan ikan, ianya bewarna perang atau coklat.

Pilihan lain untuk lauk-pauk adalah mengambil sumber daging daripada hasil laut, seperti ikan, sotong, udang dan lain-lain.

Kedai Halal (Halal Shop)

Cuba cari di kawasan perumahan anda untuk mendapatkan produk-produk makanan harian seperti mee, bihun dan koew tiew. Amalkan melihat pada label sesuatu produk yang tertuls, pengilang, pengeluar. Nama pengilang dan pengeluar kadangkala boleh meragukan dan persekitaran industri produk tersebut boleh menimbulkan keraguan.

Ulaman dan sayuran

Jika ada sedikit ruang di kawasan rumah, usahakan menanam sendiri ulaman untuk kegunaan keluarga

2 comments:

Faridrashidi.Com said...

Salam,

Biasanya kita akan kelam kabut nak makan itu dan ini bila penyakit dah kronik. Tapi bila tak ada penyakit semua benda macam tu kurang dimakan. Malah pandang pun tidak.

Muhasabah.

Masayu Ahmad said...

Salam kembali,

Perut itu adalah salah satu sumber penyakit, kerana manusia seringkali berlebih-lebihan termasuklah soal makan...

sempena kedatangan ramadhan ini, mudah-mudahan mampu mengawal nafsu makan dan ianya menjadi disipilin secara berterusan, ingatan juga buat diri sendiri juga teman-teman sekalian

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin