Teks: Masayu Ahmad
Mungkin Hakim diketegorikan lambat juga daripada bebas pakai lampin. Tetapi saya akui tidak terlalu mendisplinkannya. Saya cuba sesuaikan Hakim dengan ingatan setiap kali pakai pampers.
“Hakim dah besar tak payah pakai pampers,” itulah ayat setiap kali memakaikan Hakim pampers.
Siang tadi selepas mandi. Hakim memegang saya lalu berkata.
“Ibu, Hakim dah besar tak payah pakai pampers.”
Akhirnya. Itulah jawapan dan ayat yang saya tunggu selama ini. Dalam beberapa hari ini Hakim lebih suka berbogel. Mudah baginya keluar masuk tandas kalau mahu kencing atau buang air besar.
Saya tidak terlalu mahu memberi kekerasan, memandangkan ada satu kejadian, saya memarahinya. Dalam keadaan tidak berlapik, Hakim terkencing. Jadinya saya memantau perkembangan tidak memakai pampers mengikut kehendaknya.
Cara membasuhnya juga sudah betul, jadi saya sudah cukup puas hati.
Saya akan meneruskan untuk Arif pula, setiap kali pakai pampers akan beri ingatan.
“Kalau mahu kencing kat mana?” Soalan ingatan.
“Toilet!” jawapan yang sudah serasi.
4 comments:
tgh carik tips toilet training nih..
boleh lah tu guna pelan-pelan ayat
"kencing kat mana?"
lama-lama sebati
Baiknya mama ayu ni, patut ler anak smua baik.. hehehe.. :D ~ budak2 ni mmg kn latih awal2.. Lama2 nnt dia akan faham jgk. :)
Jai
kadang2 boleh hilang sabar jugak nk melatih..
Post a Comment