Saturday, August 1, 2009

Bengkel penjagaan payudara di The Gardens Club Midvalley



Teks: Masayu Ahmad

Tadi berkesempatan untuk meluangkan masa untuk bersosial. Sudah lama sebenarnya tidak ke Mid Valley, tetapi tujuannya adalah tiga dalam satu. Mengambil info dan saranan pakar dari Clarins (produk kecantikan) dan Triump (barangan pakaian dalam) dan juga untuk lari sekejap dari rutin di rumah.

Saya juga sebenarnya mahu berjumpa kawan-kawan lama Karangkraf, Kak Ita (PA& MA) dan Kak Net Mingguan Wanita ( kebetulan ada juga) juga beberapa rakan lama dan junior. Sangat bagus berkongsi cerita kerana sudah lama tidak jumpa. Kalau saya ke Karangkraf sekalipun mereka mungkin ada atau tiada. Kalau tiada, maksudnya ada tugasan luar lah tu.

Banyak juga info yang boleh diaplikasikan untuk wanita seperti kita, tunggu artikel penuh saya di www.masayuahmad.blogspot dan www.masayu-ahmad.com.

Juga dapat barangan percuma (buah tangan untuk peserta) produk anti penuaan dan krim anti selulit Clarins, juga dapat barangan pakaian dalam TRIUMP. Apalagi saya bersegera mendapatkan pakaian di ROBINSON, Garden Mall. Kalau tak terus ambil, nanti akan luputlah baucer tersebut di dalam beg kertas itu.

Nota:

Kak Ita nanti saya masukkan gambar di sini ya...

Kak Faiz bila nak jumpa ya, masa akak telefon hari tu, saya tengah mamai. Nanti set date untuk lepak2 ok.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin