Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://www.techdoctorcompany.com
Jadikan ia sebagai satu karier. Saya pernah mendengar beberapa keluhan yang mengatakan malu untuk menyatakan status suri rumah. Mungkin di negara ini masih baru atau masih luar biasa perkataan bekerja di rumah.
Ini berlaku kepada diri sendiri, apabila suami pernah menyatakan bahawa saya kini hanya suri rumah. Lalu saya menyatakan kepada si dia, jika rakan bertanya, tukar ayat suri rumah kepada saya bekerja dari rumah atau di rumah. Saya adalah isteri bekerja di rumah (Working At Home Mama.
Jika ada yang bertanya kepada saya atau kenalan baru, soalan bekerja di mana. Saya dengan penuh yakin mengatakan saya kini beralih angin bekerja di rumah. Kadangkala kedengarannya agak pelik bagi yang tidak pernah mendengar, jadi saya akan membuat penjelasan secara mudah. Alhamdulillah mereka kini semakin memahami status wanita bekerja di rumah.
Mungkin satu masa kelak, jawatan isteri bekerja di rumah menjadi perkara yang menjadi perhatian dan mendapat tempat di kalangan wanita. Apa yang penting perlu meningkatkan pelbagai ilmu dan kemahiran sebelum membuat keputusan tersebut.
Lazimnya apabila anda keluar bersosial berjumpa rakan lama akan kedengaranlah pertanyaan sebegini
Soalan:Anak berapa orang? (Selalunya ini soalan pembuka bicara)
Soalan berikutnya: Kerja di mana atau bekerja sebagai apa?
Anda mula merasa jauh hati atau malu dengan pangkat suri rumah.
Sila tukar ayat berikut apabila ada yang bertanya.
Soalan: Bekerja di mana?
Jawapan:Bekerja di rumah atau bekerja sendiri.
Ini membuatkan anda rasa diri lebih yakin dengan status anda. Niatnya di sini bukan rasa bangga atau riak, tetapi anda kini cuba mengubah persepsi yang suri rumah hanya katak dibawak tempurung dan tidak mempunyai apa-apa potensi diri.
Anda adalah seorang yang hebat kerana walaupun sudah mempunyai sijil, diploma, ijazah malah PHD memilih berada di rumah menguruskan sendiri segala keperluan keluarga. Anda perlu berbangga dengan status suri rumah.
Bukan semua wanita berani dan tekad untuk menjadikan keluarga satu keutamaan dan mahu berada di rumah. Setiap keputusan sebenarnya ada pro dan kontra.
Wanita bekerjaya juga hebat kerana dapat mengimbangi tuntutan kerjaya dan rumahtangga. Suri rumah juga hebat memandangkan mampu menguruskan rumahtangga dan masih mampu menjana pendapatan. Kedua-dua situasi ini adalah hak dan keputusan yang perlu dihormati. Setiap orang tidak sama kemahuan, wawasan hidup dan potensi diri. Justeru pilihan adalah di tangan anda kerana jalan yang anda pilih itu lah yang terbaik buat diri dan keluarga,
4 comments:
hahahaha....aku mengaku housewife rasa normal je.....xderk ler plak rasa inferior....tp semuanya terpulang kat empunya badan...mcm mana persepsi pd diri sendiri kan??
Vogue
Macm kes hang lain, bercuti...
ada beberap teman yang suri rumah sejak dulu merasakan rendah diri apabila keluar jumpa kawan padahal suri rumahlah status yg paling seronok utk wanita.. (tidak semua)
kalo ikut fahaman sstgh org, bekeja sndiri ni dianggap macam tak keja / menganggur. Slagi kt tak sebut income bulanan kt beribu2, slagi tulah akn ada yg pndg rendah..
~ Camne pn pkok pngkalnye diri sndiri. "Feel good about yourself & what u do", itu yg pntg. Tak kisahla sama ada kt suri rumah, bekeja sndiri atau keja mkn gaji.
itulah sesetgh org yg dimasukkan masih kurang faham lagi akan istilah tersebut..
masih kurang faham & kurang pendedahan
kalau kt kg, hanya melihat kepada mentaliti makan gaji dan gaji riban2
Post a Comment