Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://weblogs.cw11.com
Syukur dengan nikmat kesihatan sekeluarga setakat ini, anak-anak masih lagi cergas dan sihat. Ketika anak-anak lain demam-demam dan batuk-batuk, kanak-kanak riang di rumah ini masih lagi berada di persekitaran selamat.
Namun kami masih lagi mengambil langkah-langkah pencegahan. Setakat ini tidak ada aktiviti keluar rumah. Jika ada pun hanya tempat-tempat tertentu. Jika petang saya akan bawa ke taman permainan yang tidak ada orang. Jadinya budak bertiga ini bebas bermain.
Setakat ini, saya sudah boleh menahan diri untuk membawa mereka ke pusat membeli belah. Cara paling selamat ayahnya sahaja yang membeli barang-barang keperluan. Jadinya saya banyak masa berada di rumah sahaja.
Juga setiap pagi setiap orang diberikan madu spirulina untuk meningkatkan imuniti dalaman. Hakim juga masih lagi dalam keadaan terkawal. Kesihatan masih di tahap baik.
Memandangkan Hakim mempunyai asma, saya perlu lebih berhati-hati ketika musim wabak penyakit H1N1 ini. Mudah-mudahan kami sekeluarga terselamat dari bala penyakit ini.
No comments:
Post a Comment