Teks: Masayu Ahmad
Sekejap sungguh masa berlalu, hari ini sudah Jumaat kembali. Esok sudah hujung minggu, tidak tahu lagi malam ini mahu pergi aerobik atau tidak, memandangkan puasa hari ini (alasan sungguh).
Hari ini Hakim pulang jam 12 tengahari, tidaklah saya tahu anak bujang pulang. Melaung-laung Hakim panggil ibu yang berada di tingkat atas. Biasanya jam 3 petang saya sudah menunggu kepulangan anak teruna ini. Nasib suara Hakim kuat dan nyaring. Rupanya hari Jumaat hanya sehingga 12 tengahari sahaja, mungkin saya kurang periksa risalah sekolah. Nota ingatan untuk diri sendiri.
Seperti biasa, agak kepenatan, saya memberikan dia susu suam. Kemudian bancuh jus mangga, letak sekejap di dalam tempat sejuk beku. Agaknya sangat dahaga, memandangkan cuaca agak panas juga.
Setengah jam kemudian saya berikan Hakim jus yang sudah sejuk. Lega nampaknya. Kemudian saya meneruskan rutin kerja, nampak Hakim senyap sahaja. Rupanya sudah tergolek di atas katil, lena. Alahai.
Arif dan Aiman juga baru bangun tidur dikacaunya si abang. Balas dendam agaknya, sebabnya masa Hakim pulang tadi budak berdua ini lena tidur di sofa ruang tamu.
Hakim pulang terus kejutkan Aiman dan Arif. Apalagi melalaklah si Arif yang sudah sedia manja. Aiman macam biasa masih tidur tertonggeng, mata ala-ala mamai, tetapi Aiman tak kisah apa yang berlaku sekeliling. Sambung tidur balik.
4 comments:
Suka betul bila ko citer psl gelagat anak2 ko.. :) ~ entry yg sgt menarik..!
itulah,,, kadang-kadang huru hara aku dibuatnya budak tiga beradik ni..
Anak dh 3 orang, camtulah ayu.. :) Tp at least anak2 ko taklah terlalu nakal. Sojuk perut ko mengandung.. hehehe
mudah-mudahan,, tidaklah terlalu nakal,, tp ada juga aksi yang boleh membawa kepada ibunya bertukar menjadi Hulk..
Post a Comment