Saturday, August 15, 2009

5 juta rakyat Malaysia akan dijangkiti H1N1

BUKIT MERTAJAM 15 Ogos — Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus selesema babi atau influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi.

“Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini hari ini.

- BERNAMA
ARKIB : 15/08/2009
15/08/2009 7:37pm

4 comments:

suriummah said...

Salam kak Ayu..apakah langkah pencegahannya yang berkesan? musnahkan semua perumah asal penyakit nilah kan? ke mcmana?

Masayu Ahmad said...

ummi_chan

nanti saya buat enntri khusus untuk langkah pencegahan

mengikut kaedah rawatan islam menggunakan herba

suriummah said...

Cepat..Kak Ayu.Masukkan entry pasal langkah pencegahan tu..5 juta nyawa yang perlu diselamatkan di luar sana.. :)

Masayu Ahmad said...

Ok, nanti yer saya cuba masukkan entri tu hari ini. Insya-Allah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin