Friday, August 21, 2009

Salam Ya Ramadhan

Teks: Masayu Ahmad

Sudah tiba bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Pada kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut puasa dan mudah-mudahan kita mendapat berkatnya. (Macam ketua kampung berucap pulak, hehe)

Mohon maaf di atas segala keterlanjuran dalam kita berinteraksi di dunia maya. Semoga ikatan silaturrahim ini makin mekar dan kekal utuh hendaknya.
Dalam keadaan menularnya virus H1N1 ini maka lebihkan masa untuk beristerhat di rumah. Elak ke tempat terbuka dan tempat-tempat awam.

Untuk para isteri sudah boleh mula merancang menu yang tidak berlebih-lebih tetapi masih mampu untuk menyelerakan ahli keluarga. Usahakan untuk memasak, tidak perlu lagi ke pasar ramadhan.

Rasanya sangat rindu untuk suasana bersahur, bertarawikh, bertukar juadah, berbuka puasa. Seronoknya menyambut ramadhan jangan pula terlebih berbelanja mahu berhari raya.

Buat teman-teman alam maya, senarai follower, senarai blog list dan juga teman-teman yang sudah meninggalkan jejak belum sempat saya menziarah, saya ucap selamat berpuasa.

Puisi ini khas buat pengunjung blog ini,

Nukilan: Masayu Ahmad

Salam Ya Ramadhan

Indahnya hari berpuasa

Malamnya berjaga

Ya Ramadhan

Cahayahi diriku

Berkati Amalku

Kekalkan aku dalam iman

Bangkitkan malamku dengan taubat

Salam Ya Ramadhan

Berlabuhlah engkau dengan penuh keberkatan

Moga menyatukan diri dengan yang keindahan iman

3 comments:

maya amir said...

selamat berpuasa:)

Unknown said...

salam ramadhan masayu. semoga kita sama-sama menjaga kesihatan diri dan keluarga kerana berpuasa dalam kedaan wabak penyakit yang bahaya. semoga sihat sejahtera selalu.

Masayu Ahmad said...

fauzi-maya

selamat berpuasa kembali

kak-chik

sama-samalah kita

kurangkan aktiviti luarlah nampaknya

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin