Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://media.photobucket.com, by: CherryTreeBlossoms
Saat ini jam 12: 17 minit tengahari. Keadaan mendung pagi tadi menandakan hari akan hujan. Nyaman terasa, saya dapat merasakan ketenangan waktu ini. Menerobos melalui jendela kaca. Titisan kecil air hujan melekat di cermin jendela.
Di luar sana hujang turun mencurah-curah. Aiman sudah lama tidur, enak dengan suhu sejuk. Hujan rahmat. Mungkin ini juga permulaan untuk menyambut Ramadhan yang akan kunjung tiba tidak lama lagi.
Aduhai rindunya hati saya akan arwah emak. Al-Fatihah. Semoga setiap doa saya terus sampai kepadaNya dengan izin Maha Kuasa.
Semalam selepas Hakim balik sekolah. Saya menyambutnya di depan rumah. Kepenatan anak bujang saya ini. Saya suakan air roselle sejuk yang sudah separuh beku. Digoncang-goncang agar airnya berbancuh elok dengan ais.
Saya mengambil beg Hakim, menyelongkar isi kandungan. Ada tiga helai kertas yang mengandungi amalan nisfu syaaban, dikirim oleh pengurusan sekolah.
Saya mahu berkongsi dengan pembaca blog ini. Ayat-ayat Al-quran dan doa akan saya kemaskini dari masa ke semasa untuk anda membuat rujukan dan sama-sama kita mengambil berkat bulan Syaaban.
1. Perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
2 Perbanyyakan puasa
3. Perbanyakkan taubat kerana diangkat kitab amalan setahun kepada Allah
4. Pada tanggal 1 sampai 15 Sya'ban
- Banyak zikrullah
-Selawat
-Berdoa semoga Allah makbulkan
5. Malam nisfu Sya'ban (malam ke 15) kerjakan;
- Setelah solat maghrib baca Yassin sebanyak 3 kali dan doa nisfu Sya'ban dengan niat yang berbeza
5.1 Niat semoga dipanjangkan umur dan selau dalam ketaatan Allah, kemudian Al-Fatihah dan doa. (Ada di dalam Yasin Majmuk)
5.1 Niat agar dijauhkan dari bala' dan diluaskan rezeki, kemudian Al-Fatihah, Yasin dan doa.
5.3 Niat agar diluaskan hati dan husnul khotimah ketika mati, kemudian Al-Fatihah, Yasin dan doa.
No comments:
Post a Comment