Tuesday, August 4, 2009

Nostalgia bulan puasa

Teks: Masayu Ahmad


Foto:http://media.photobucket.com

Ketika usia masih kecil, berpuasa satu hari ibarat penyeksaan, perlu bersabar untuk menunggu waktu berbuka. Menjelang tengahari godaan demi godaan datang. Biasanya saya banyakkan tidur, takut jika bangun lebih banyak tergoda bauan masakan emak.


Foto kredit:http://www.daftarwarisan.gov.my

Menjelang petang godaan makin mencabar, ditambah pula dengan haruman pelbagai juadah. Setiap hari ada sahaja hidangan yang sedap dan lazat hasil air tangan emak. Rindu saat zaman kanak-kanak.

Ketika makan sahur, mata sukar benar mahu celik. Kadang-kadang sambil mengunyah mata tertutup rapat. Jam menghampiri 4 pagi, emak sudah bangun. Haruman dan bunyi keletang keletung di dapur sudah kedengaran. Tunggu emak kejut baru bangun. Sangat seronok, bila emak dan ayah mula menggerakkan anak-anak. Susah benar mahu bangun. Sayangkan tidur tetapi perut perlu diisi buat alas untuk puasa esok hari.

Jika dulu jarang ada peti ais di kampung. Kalau mahu berbuka minum ais dengan air kelapa muda. Beli sahaja kedai Pok Hase (Pak Hassan). Nilai 20 sen sudah dapat bongkah air batu empat segi yang agak besar. Biasanya akan diletak di belakang basikal. Menitiklah air batu, cair sedikit demi sedikit sebelum sampai ke rumah. Sudah sampai cepat-cepat simpan dalam bocong (bekas kedap udara).

Ayah akan mengait kelapa di belakang rumah. Tidak ada masalah keliling rumah banyak pokok kelapa. Hari-hari boleh minum, sebabnya percuma sahaja. Biasanya ayah bawa pulang ikan petang hari atau tengahari. Bulan puasa nelayan pulang awal.

Ikan segar seperti tambang, emak buat lava (sejenis kerabu menggunakan ikan segar). Kerabu ikan segar ini disediakan menggunakan perahan asam limau, daun kesum, kacang panjang dan cili padi. Garam dan gula secukup rasa. Kadang-kadang makan begitu sahaja pun sedap. Tidak hanyir, memandangkan ikan segar diperah dengan asam limau. Sangat sedap.


Foto:http://1.bp.blogspot.com

Masakan lain sudah tentunya, ikan percik. Dibakar menggunakan tempurung kelapa. Semuanya asli, dibakar di laman dapur rumah sahaja.

Juadah manis sudah tentunya akok kedut, puteri mandi,agar-agar merah, cendol dan macam-macam lagi.

Malam hari selepas berbuka, saya akan mengikut emak pergi terawih. Ianya seakan pesta, semua berduyun-duyun ke masjid. Kanak-kanak berada di saf belakang. Hampir sebulan puasa, surau dan masjid penuh. Keadaannya sehingga kini tetap sama. Meriahnya bulan puasa.

Satu hari dalam bulan puasa, ayah akan menjemput sanak saudara dan jiran tetangga berbuka puasa. Berbuka puasa beramai-ramai. Ianya adalah satu aktiviti wajib dan menjadi rutin bulan puasa.

Selepas balik tarawih, kedai-kedai akan dibuka semula menjual colek buah, kerang rebus, lekor dan keropok keping.

4 comments:

Zaidah Sikun said...

Seronoknya zaman kecik2 dulu kan, ayu? Zaman tak pikir mslh.. & cuma pkir nk happy je.. :)

suriummah said...

Indahnya Ramadhan di waktu kecil dulu. Tak boleh cerita panjang, Kak Ayu dah ambil semua modal saya nak cerita. Haa.. ginilah yang saya nak tulis pun. Sama.. Hehe, gurau-gurau sikit ye, kak Ayu.

Masayu Ahmad said...

Jai- Itulah,,hmm masih sugar bugar dalam fikiran..

Ummi Chan-

Tak apa, isi sama, gaya penceritaannya lain..kan..apapun ianya tetap nostalgia

Anonymous said...

arggghhhhh....x sabar nak iftar beramai2

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin