Ramai wanita hari ini memilih kerjaya maya setelah berada dalam kerjaya fizikal sebelum ini. Ada yang menjadikan alasan bosan, mahu berada di samping anak dan juga mengejar kejayaan material yang lebih banyak berbanding makan gaji. Soalan. (Ini soalan temuramah online, terbit atau tidak saya tidak tahu, saya berkongsi jawapan di sini untuk kalian)
1. Boleh ceritakan kerjaya anda dahulu dan kerjaya terkini.
Selepas tamat belajar saya memulakan kerjaya pertama sebagai wartawan Kumpulan Karangkraf, kemudiannya cuba mengambil angin baru di sebuah institusi kewangan mikro sebagai Pegawai Penerbitan. Masih berada dalam lingkungan bidang yang sama iaitu penerbitan dan penulisan. Ketika belajar dan bekerja aktiviti saya masih diselang seli dengan berniaga sebagai hobi.
Namun selepas berkahwin pada 2005, saya mula merancang untuk berhenti kerja dan faktor anak yang selalu sakit dan berulang alik tinggal di hospital sebagai rumah ke dua menjadi titik tolak saya mengambil langkah 'sudah masanya saya berhijrah'.
Hijrah kini dengan pendekatan mencari peluang bekerja dari rumah. Saya mula mencari peluang menjana pendapatan pasif dan juga pendapatan aktif. Penghujung tahun 2008 bermula karier saya sebagai suri bekerja dari rumah sepenuh masa.
2. Kenapa anda memilih kerjaya maya (Nyatakan beberapa alasan)
Sekitar empat tahun lepas, Ogos 2008 saya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Ia sudah lama dalam perancangan dan fikiran. Apatah lagi dorongan kuat itu salah satunya adalah kerana Hakim setiap tahun, dan dalam setahun banyak kali berulang alik dan dimasukkan wad.
Hakim adalah sebab utama saya berhenti kerjaya, bertukar haluan untuk bekerja dari rumah. Tidak banyak kumpulan sokongan pada masa tersebut tentang panduan bekerja dari rumah. Yang ada adalah sumber di internet dan juga web dari negara-neraga maju yang sudahpun terkehadapan tentang bekerja dari rumah.
Tidak sekadar itu, ketika hamil anak ke dua saya sudah menetapkan matlamat mahu bekerja dari rumah. Selepas Hakim berterusan masuk wad, keluar masuk, saya sudah bertekad dan tidak menoleh ke belakang.
Ketika usia anak ke tiga enam bulan, saya memegang status wanita bekerja dari rumah. Pun, begitu pandangan dan penerimaan masyarakat pada ketika itu masih belum begitu terbuka tentang status wanita bekerja dari rumah.
Juga atas dorongan diri dan usaha inilah saya memberi dan mengutip banyak info bekerja dari rumah dan mula menulis tentanya di blog dan facebook. Saya mula mempunyai rakan-rakan maya (online) yang juga mempunyai tujuan yang sama, meninggalkan kerjaya dan memulakan kerja atau bisnes dari rumah.
Penulisan adalah kerjaya utama saya,dan yang paling penting saya sudah memulakan aktiviti menulis di blog dan aktif di media sosial facebook, menulis panduan dan memberi tips bekerja dari rumah kepada lebih wanita atau sesiapa sahaja yang ingin dan mencari peluang bekerja dari rumah.
3. Boleh terangkan secara terperinci kerja yang ada lakukan?
Ketika mula berhenti kerja dahulu dan bermula bekerja dari rumah amat sukar sekali mencari kumpulan sokongan di Malaysia. Kebanyakan adalah bersumber dari negara-negara maju dan info berkaitan melalui carian internet. Atas faktor ini juga, inisiatif saya menulis dan berkongsi seberapa banyak info bekerja dan peluang bisnes yang boleh dilakukan di rumah. Salah satu blog perkongsian info bekerja dari rumah adalah http://wahmsahmsoho.blogspot.com/-
Buku pertama Jana RM Dari Rumah terbitan Grup Buku Karangkraf pada tahun 2011, merealisasikan impian saya sebagai penulis sepenuh masa. Insya-Allah lebih banyak buku berkaitan bisnes dan kerjaya dari rumah sedang dan akan diterbitkan. Sejak buku diterbitkan, saya bukan sekadar menjual buku sendiri secara online malah sudah mempunyai kedai buku online.
Sejak awal 2012, saya telah mengembangkan lagi bisnes sedia ada iaitu, menjual buku-buku bisnes, motivasi, kitab, al-quran terjemahan dan juga jualan produk sunnah seperti kurma, cuka kurma, cuka epal dan banyak lagi.
Bukan sekadar diri sendiri, melalui sistem dropship, saya juga telah membuka peluang kepada suri rumah, wanita yang masih bekerja untuk mengusahakan bisnes secara online tanpa perlu mengeluarkan modal. Jika ada hanyalah talian internet dan komputer sahaja. Melalui dropship, kini membolehkan sesiapa sahaja bermula dan mencari peluang menjana pendapatan tanpa perlu bersemuka, semua perbincangan, jualana, tips pemasaran dilalukan secara online.
4. Nyatakan rutin harian
Dengan status penulis sepenuh masa, mengusahakan bisnes, menguruskan pengedar online, saya juga tinggal bersama mertua dan mempunyai empat orang anak dan tidak mempunyai pembantu rumah. Kelebihan bekerja dari rumah dan menjadi majikan kepada diri sendiri, memerlukan kita bijak merancang masa. Kebiasaannya awal pagi jam sehingga jam 7 saya menulis, jam 8 menguruskan sarapan, anak sekolah dan suami, kemudian menghantar tiga lagi anak yang kecil ke tadika dan pengasuh. Kemudian jam 10 hingga jam 3 saya selesaikan urusan bisnes, urusan tempahan, membungkus dan menghantar barang. Jam empat saya pulang dan menjemput anak-anak. Petang, biasanya mengurus anak-anak berselang seli memasak untuk hidangan malam, juga pada masa yang sama sentiasa 'online' menjawab pertanyaan produk, kemaskini harga, dan sebagainya.
5. Kerja dari rumah agak sunyi dari pejabat serta pergaulan terhad penjelasan anda?
Tidak pernah rasa sunyi malah semakin sibuk, namun kesibukan masih dapat diurus. Saya masih lagi dapat bertemu rakan-rakan, malah dapat membina hubungan dengan lebih ramai usahawan yang sudah sukses. Kerja saya sendiri sebagai penulis bebas masih lagi memberi peluang kepada saya mencari info dan banyak mendapat ilmu baru daripada rakan niaga dan juga usahawan dalam pelbagai bidang.
6. Pendapat anda mengenai golongan wanita yang bekerja dari rumah.
Sudah banyak kumpulan sokongan secara online dan offline, tentunya secara online kami berkumpul dalam banyak kumpulan antara kumpulan usahawan wanita, kumpulan wanita bekerja dari rumah, kumpulan surirumah tanpa pembantu rumah. Jadi, masa bukan sahaja terisi dengan kerja, bisnes dan mengurus anak-anak, akan tetapi kumpulan inilah yang menceria hari-hari wanita yang bekerja dari rumah, walau tidak bertemu, kami tetap dapat berhubung, berbual, membincang pelbagi isu bisnes, rumahtangga, anak-anak dan sebagainya. Kini semuanya di hujung jari.
7. Cabaran dan halangan?
Cabaran terbesar adalah bagaiman mahu kekal fokus dan dapat menjana pendapatan dan meneruskan kelansungan hidup. Tambahan pula saya berhenti tanpa apa-apa persediaan. Dengan usaha dan tawakkal dan tidak pernah putus asa, alhamdulillah selepas melepasi fasa tiga tahun, saya kini bersyukur masih mampu membantu suami dari segi kewangan keluarga. Saya sangat yakin dengan rezeki Allah dan kini sangat bersyukur saya punya masa fleksibel dan masih boleh menjana pendapatan keluarga dan pada masa yang sama membuka peluang kepada ramai wanita di luar sana yang ingin sertai saya.
8. Rahsia kejayaan.
Saya banyak menghadiri seminar, melabur dalam buku-buku motivasi, bisnes, juga kenalan bisnes yang sukses adalah salah satu pendorong utama untuk keluar dari 'zon selesa'. Berusaha, susun strategi, dana lakukan sehabis daya. Selalu tingkatkan diri dengan ilmu bisnes yang baru, tidak sombong, kekal dan konsisten dengan usaha. Segala-gala yang positif serapa dengan baik, segala yang negatif tukar kembali kepada tenaga positif. Selain sokongan utama dan restu suami, inilah yang menjadi kekuatan saya selama ini.
9.Tip kepada pembaca yang mahu turut menjadi seperti anda.
Bagi yang ingin dan mahu menjana pendapatan dari rumah tetapi tiada info dan peluang, boleh terus berkenalan dengan saya melalui fb. Juga beli dan baca buku-buku di pasaran tentang panduan bekerja dari rumah. Sertai mana-mana seminar bisnes internet dan online, sudah banyak pakar bisnes internet di negara kita, tinggal lagi usaha dan ambil peluang tersebut.
Masayu Ahmad, 33
01-9144513
pn.masayu@gmail.com
http://wahmsahmsoho.blogspot.com/
Promosi sehingga 31 Disember 2012
Harga 2013 RM199, Harga Promosi sehingga 31 Disember 2012 RM120, percuma buku panduan solat lelaki dan wanita terbitan pts
Harga 2013 -RM199,
Promosi sehingga 31 Disember 2012 RM120
Percuma buku panduan solat lelaki dan wanita terbitan pts (bergambar)
Bayar di sini untuk tempahan dan pembelian RM120, pos percuma
Belajar Quran interaktif
Kaedah mudah belajar membaca al-quran yang terkini. Karya asli pertama di Malaysia yang diiktiraf dan diluluskan oleh Lembaga Pengawalan Perlesenan Percetakan Al-Quran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
Pakej ini mengandungi tiga buah buku, tiga CD interaktif dan sekeping penanda buku infotajwid. Menepati kehendak Korikulum Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pakej ini mengandungi tiga buah buku, tiga CD interaktif dan sekeping penanda buku infotajwid. Menepati kehendak Korikulum Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.
Harga pakej RM120 akan berakhir 31 Disember 2012. Harga baru mulai 2013 adalah RM199, dapatkan segera daripada kami pengedar esklusif online. Tidak terdapat di kedai buku fizikal, dapatkan terus dari kami.
Bayar di sini untuk tempahan dan pembelian RM120, pos percuma
Boleh lihat lebih banyak gambar di sini
http://e-iqra-belajarqurandantajwid.blogspot.com/
Berminat menjadi pengedar e-iqra hubungi saya di sini; http://www.facebook.com/masayu.ahmad, maklumkan berminat menjadi pengedar.
1 comment:
assalammu'alaikum, akak, saya perkenalkan diri saya dulu, Nama saya Muhammad Ramadani bin Suhaimi, umur 20 tahun, pelajar UiTM Sarawak, saya cuba satu perniagaan ini, iaitu hiasan jambangan bunga, dan hiasan origami. saya nak mulakan, tapi saya tak tahu bagaimana hendak menilai persepsi pelanggan. saya buntu
Post a Comment