Friday, January 4, 2013

Apa pilihan terbaik untuk anak-anak

Teks: Masayu Ahmad



Hari ini sudah 5.1.2013, bersamaan Sabtu, masih lagi  cuti di Kelantan.

Menu pagi ini gulai ayam kelantan, nasi putih dan teh o panas. Anak-anak masih lagi nyenyak tidur. Esok sudah bermula semula minggu ke dua sesi persekolahan.. Jumaat dan Sabtu saya menyambung kelas al-quran untuk Haki, Arif dan Aiman jam 3 hingga 5 petang.

Minggu ini juga bermula Ahad, Isnin dan Selasa, sebelah petang Hakim sudah bermua sesi KAFA, iaitu sebelah petang bermula jam 1.30 untuk subjek agama.

Ahad- al quran, solat, ibadah, PCHI, amali solat
Isnin- Al-quran. solat. bahasa arab, aqidah, amali solat
Selasa-Al-quan, Jawi/khat, solat, sirah, adab, amali solat

Pulang jam 5 petang.

Sudah penuh jadual anak-anak, jadi saya  perlu selesaika tugasan sehingga jam 4 dan kemudian memecut menjemput mereka..

Suka melihat perkembangan anak-anak yang sudha memulai alam persekolahan setiap tahun. Jika dahulu melihat perkembangan mereka membesar dan perlu mengurus anak-anak kecil. Kini saya sudah memasuki fasa ke dua anak-anak mula bersekolahan.

Hijrah kerana anak-anak

Kos sara hidup yang semakin tinggi di Kuala Lumpur mahupun di bandar-badar besar yang lain, membuatkan saya membuat persediaan awal agar anak-anak tidak berada di dalam lingkungan kesesakan. Kesesakan masa, trafik dan sebagainya. Saya tidak mahu berpagi-pagi menyusun jadual anak, menghantar ke sekolah dan perlu memikirkan pula urusan transit, sama ada yang sudah berada di tadika mahupun di sekolah.

Alhamdulllah, saya punya masa fleksibel, dan boleh menyesuaikan urusan kerja dan urusan anak-anak.

10 perkara yang perlu anak rancang ketika anak-anak masih kecil

1. Sangat perly bagi yang berkahwin, mula merancang di mana mahu memulakan sesi persekolahan anak-anak.

2. Kos sara hidup tinggu di bandar banyak persediaan kewangan perlu diambil kira

3. Kelelahan fizikal dan mental. Saya sangat hormat pada ibu bapa yang punya semangat juang yang tinggi, masih bekerja dan masih boleh menguruskan anak-anak sekolah dengan baik. Jika mampu menguruskan masa keluarga, sekolah dan aktiviti yang lain itu sudah super.

4. Jika ada pilihan lain, hijrah ke luar bandar atau pekan, masih punya banyak pilihan untuk anak-anak membesar dan menikmati suasana pembelajaran yang lebih baik.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin