Tuesday, January 29, 2013

Prestasi bulan pertama 2013-tips sahm, wahm, soho

Teks: Masayu Ahmad


Tidak sah jika tidak menulis, dan sudah beberapa hari saya ponteng dari menulis, aduhai masa. Sebagaimana cekap saya merancang, bijak lagi masa yang berlari pantas. Jadi strateginya sekarang aktiviti atau tugasan saya perlu ke depan melebih masa.

Seawal jam 8.00 pagi semua sudah hilang ditelan harmoni pagi. Arif dan Aiman sudah dihantar en.suami, Hakim sudah pergi sekolah bersama Pok Sid.
Betapa masa pantas berlalu, namun saya tetap bersyukur diberi peluang melahirkan anak-anak ini, diberi peluang melihat perkembangan mereka. Semalam saya membelek catatan lama di blog ini, ketika mereka bertiga ini masih kecil, banyak keletah yang mencuit hati. Rupanya saya tidak banyak menulis tentang Arissa.

Ya, puteri ini sudah 2 tahun dan sudah dua tahun juga kami berada di bumi Kelantan, alhamdulillah atas kasih sayang dan rahmat Allah. Arissa sekarang juga sangat petah dan sudah ada mulut. Paling dia suka ayat ini

"Tok cey, tok cey". Maksudnya tok sey, tok sey atau tak nak.

"Omey, omey." Comel, comel dan kepala mula lentuk kiri dan kanan. Arissa anak yang mudah dijaga sebenarnya.

Arissa juga berjaya mendapat susu ibu selamat dua tahun. Alhamdulilah, dia juga penceria suasana buat atok dan mok.

Pagi ini semek ini masih lena ketika abang-abang sedang menyerap ilmu di sekolah.

Semalam berbincang dengan suami, pantas masa berlalu, tahun depan Arif akan sekolah, jadi Hakim, darjah 3, Arif darjah 1, Aiman 6 tahun, Arissa 4 tahun.

2014

Hakim darjah 4, Arif darjah 2, Aiman darjah 1, Arissa 5 tahun

2015

Hakim Darjah 5, Arif Darjah 3, Aiman Darjah 2, Arissa 6 tahun

2016
Hakim Darjah 6, Arif Darjah 4, Aiman Darjah 3, Arissa darjah 1

Hehe, semua sudah sekolah dan tahu berikutnya 2017 Hakim sudah mula sekolah menengah. Aduhai sekejap sahaja anak-anak sudah membesar dan kita usianya semakin meningkat.

Saya belum daftar sekolah Arif, minggu depan, insya-Allah.


Apa terbaru?

1. Bagi yang akan dan ingin memulakan butik online/offline, sudah boleh mendapatkan ebook panduan mula bisnes butik/online offline. Terdapat dua bonus iaitu, pertama buku percuma, ada tiga pilihan, dan bonus ke dua, dropship borong, kalian sudah boleh mula kedai online 24 jam sahaj. Singgah di sini untuk keterangan lanjut,http://mulabisnesbutik.blogspot.com/
Bagia yang belum mendapatkan ebook panduan bekerja dari rumah. ebook ini percuma sahaja jika membeli ebook panduan butik. Jadi, RM59 sahaja uantuk dua ebook, tawaran ini masih sah sehingga saya tamatkan bila-bila masa sahaja.

2. Terdapat banyak judul pakej menarik yang boleh dibeli di kedaibukuonline, lihat di sini ya, sudah ada 30 pakej, termaasuk motivasi, bisnes dan agama. Akan lebih banyak menyusul, insya-llah shopping cart akan menyusul juga. Singgah di sini http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom


2. Insya-Allah akan menyusul ebook  ke dua, untuk tahun ini, saya sedang menyusun dan memilih gambar untuk dijadikan cover. Nantikannya.











No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin