Teks: Masayu Ahmad
Seawal pagi Hakim hari ini dijemput Pok Sid. Arif dan Aiman en.suami yang hantar. Jadi sangat mudah kerja saya pagi ini. Arissa masih bergolek sakan di tempat tidur. Dari jam 7 hingga 9 pagi saya pecut menyelesaikan beberapa urusan lagi di www.nbbukuonline.com. Harapannya 5 hb Januari 2013 sudah boleh mula beroperasi dengan baik. Alhamdulillah.
Sementara itu membuat selingan pecutan mengurus pakaian, sidai dan angkat, selebihnya sudah diuruskan en.suami. Saya tidak memasak pagi ini, jika Rabu mertua tidak ke dialisis, jadi dia yang memasak untuk sarapan.
Jam 10 Arissa sudah mengelia-geliat bunyi mahu susu sudah kedengaran. Pagi masih sejuk kerana kami di Kelantan masih lagi berada dalam suasan musim hujan. Pecutan pagi ini usai bangunkan semek Arissa, bagi menyusu, mandikan. Beri makan dan hantar ke pengasuh, iaitu lokasi yang sama untuk Arif dan Aiman. Jika hantar awal pagi kasihan pula terlalu awal.
Usai hantar Arissa saya pecut untuk lokasi pejabat A ini pejabat luar rumah dan kemudian jam 12 singgah makan, makan pagi merangkap tengahari, singgah menjemput Hakim, hari kedua persekolahan, dan esok sesi sambungan mengaji selepas habis waktu sekolah. Kemudian kami singgah untuk jemaah solat Zohor di masjid P, lokasi biasa saya apabila urusan diluar rumah.
Melatih anak menjadi usahawan
Biasanya semasa cuti sekolah saya selalu bawa anak-anak bersama, hantar barang ke pejabat pos dan beberapa lokasi lagi di syarikat penghantaran barang. Tadi rasa kagum, seorang kanak-kanak sebaya Hakim umur anggaran lapan tahun, masih berpakaian sekolah. Dia beratur dan saya fikir ditemani ibunya. Usai sampai giliran di kaunter, dia membawa satu plastik barang-barang yang sudah siap dibungkus dan perlu dpos. Usai selesai, saya keluar dan melihat tersergam kereta mewah menanti, itu mungkin bapanya. Sangat bagus melatih anak sejak dari kecil, balik sekolah terus hantar barang.
No comments:
Post a Comment