Thursday, January 17, 2013

Merai anak-anak-tips sahm, wahm

Teks: Masayu Ahmad

Tidak seronok jika tidak menulis di sini. Hari sudah petang, saya pulang awal jam 2 sudah menjemput anak-anak. Sebelum itu singgah membeli keropok lekor untuk menu petang.

Aiman sampai di rumah, sesudah selesai menikmati segelas teh o panas hilang. Saya mencari-cari Aiman kerana kelibatnya tiada. Rupanya sudah lena. Saya angkat Aiman. Kemudian mandikan Arisa, si kecik ini tidak mahu tidur. Dia mengacau-ngacau mok yang sedang baring. Hakim dan Arif masih lagi aktif. Saya menyudahkan dua bakul kain. Alhamdulillah, kebetulan elektrik terputus jadi, manfaatkan untuk siapakan benda lagi. Berbalik tajuk di atas, berikut beberapa tips untuk anak seronok. Raikan mereka.

1. Untuk tahun 2013 azam saya tidak mahu marah-marah anak-anak, terutama ketikan waktu pagi. Aiman bangun, bangun, Aiman budak hebat, mahu sembahyang subuh. Budak hebat mudah bangun pagi. Aiman terpisat-pisat, mengangguk-angguk. Senang bangunkan Aiman sekarang, saya dukung dan mandikan. Mudahnya sekarang, en. suami uruskan tiga ini Haki, Arif dan Aiman. Usai mandi saya pakaikan baju dan segerakan apa-apa keperluan mereka. Jam 8 tinggal Arissa sahaja yang masih bergolek sakan. Lena.

2. Selaunya juga saya mengemas tempat kerja, saya kemaskan sekali tempat belajar mereka. Anak-anak juga punya citarasa. Jadi saya selalu ubah SOHO merangkap tempat belajar anak-anak juga. Anak teruja, kita suka, mereka jug asyik untuk berada di sekitar kita.

3. Masak apa yang mereka suka. Semalam Hakim mahu kari. Kari, kari, kari. Jadi tak ada kari saya maskkan gulai ikan kuning. Makan bertambah juga Arif walau tak ada kari. Apa yang penting air tangan. Tinggal bersama mertua saya perlu nyah jauh-jauh perasaan malas memasak. Ini juga satu nikmat anak-anak bukan sahaja boleh makan air tanga saya, tetapi nenek mereka. Alhamdulillah.







No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin