Saturday, January 5, 2013

Sertai Dropship Borong-Penyertaan adalah terhad

Catatan 6.1.2013, sudah jam 8.48, anak-anak semua sudah ke sekolah dan PASTI. Pagi tadi Arif merajuk kerana bajunya tidak dijumpai, saya pakaikan baju B, dia tidak mahu. Biasanya en.ayah yang hantar, jadi pagi ini selesai uruskan Arif dan Aiman, saya sendiri yang hantar. Arissa hanya meneman kerana belum makan dan mandi lagi.

Sampai dirumah suapkan semek Arissa, kemudian mandikan. Sekarang sudah lena tidur kekenyangan. Anak dara ini sudah besar. Selalu saya hantar sudah selesai semua barulah hantar kepada pengasuh, maksudnya sudah kenyang, mandi dan berak. Mujur juga kata pengasuh Arissa mudah dijaga tidak pernah sekali meragam. Kalau dia main-mainlah, tidak pernah sekali menangis kecuali kalau tidak sihat. Memang benar anak yang menyusu badan memang mudah dijaga.

Semalam saya sudah masakkan gulai ikan kering yang dimahukan mertua. Pulang dari rumah ayah, kami sampai petang di rumah mertua. Jadi saya gegas masak untuk malam, menu dua dalam satu untuk malam dan untuk hari esok juga. Mudah dan cepat. Sudah nampak santan, dan ikan kering yang direndam. Itu maksudnya mertua mahu saya masakkan gulai ikan kering yang dicampur nenas.

Jam 7 sebelum maghrib bagi kanak-kanak riang makan, Hakim semangat semalam katanya cikgu suruh makan jam 6. Memang ya pun kalau sempat memang saya masak awal usai sampai ke rumah setiap hari, pastikan anak-anak makan sebelum maghrib.

Semalam kemaskan juga bilik SOHO dan juga kemaskan meja belajar mereka. Apabila sudah kemas, semangat anak-anak sambung buat latih tubi. Hakim sambung kerja sekolah, rupanya ada yang belum siap lagi. Dia bersemangat kerana minggu ini sudah bermula jadual KAFA, katanya nanti ibu datang bawa bekal Hakim.

Jadi pagi ini jadual saya berubah, bekerja dari rumah awal pagi, jam 2 baru pecut hantar barang ke pos laju dan skynet. Alhamdulillah.

Untuk 2013, saya buka satu lagi peluang bisnes dropship, yang ini terhad kepada 60  ahli sahaja.
Syarat-syaratnya boleh ke sini http://bisnesdropship.blogspot.com/



Dropship Borong

Terhad kepada 60 ahli sahaja

Syaratnya seperti berikut

1. Terbuka kepada yang sudah mula bisnes online.

2. Terdapat 50  produk

3. Yuran komitmen hanya RM50 sahaja.

4. Boleh gunakan borang ini, (pada ruang buku, nyatakan BAYARAN DROPSHIP BORONG)
Dropship Borong
Terhad kepada 60 ahli sahaja

Syaratnya seperti berikut

1. Terbuka kepada yang sudah mula bisnes online.

2. Terdapat 50 produk

3. Yuran komitmen hanya RM50 sahaja.

4. Boleh gunakan borang ini, (pada ruang buku, nyatakan BAYARAN DROPSHIP BORONG)http://kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan (guna borang ini ya)

5. Sila mesej saya di fb, nyatakan berminat dan sudah bayar.

6. Siapa cepat di dapat.
5. Sila mesej saya di fb, nyatakan berminat dan sudah bayar.

6. Siapa cepat di dapat.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin