Wednesday, January 30, 2013

Bina kepakaran bekerja dari rumah-tips wahm, soho

Teks: Masayu Ahmad
Saya sudah dan ramai yang sudah bekerja dari rumah, kalian bila lagi, mula buat persediaan dari sekarang, www.janawangdirumah.com


promosi terkini e-iqra klik di sini ya http://e-iqra-belajarqurandantajwid.blogspot.com/

Hari ini sudah 31.Januari.2013, ada dua manusrip yang akan diterbitkan untuk Februari 2013, satunya ebook wahm,soho satu lagi 30 tips sihat ibu hamil dan pantang. Saya sedang fikir mahu pilih yang mana dahulu ;)

Hari terakhir Januari 2013, akan menyusul dua ebook yang akan diterbitkan Februari 2013

1. Ebook kisah sukses wahm, soho
2. Ebook 30 tips sihat dan ibu hamil dan pantang.

Saya sedang memilih gambar untuk cover dua ebook ini, alhamdulillah untuk ebook terbitan sendiri ini saya mempunyai pasukan editorial dan pereka grafik profesional, semuanya adalah rakan-rakan dalam bidang penerbitan.

 Apa kepakaran saya?

Saya graduan Universiti Sains Malaysia, bidang Komunikasi Mass, pengkhususan kewartawanan. Jadi sudah lebih kurang 11 tahun dalam bidang ini.

Menjalani latihan praktikal sebagai wartawan kedet di Karangkraf, majalah dewan kosmik. Kemduannya habis belajar saya terus bekerja di majalah Mingguan Wanita.

Antara ruangan tetap saya kendalikan bahagian cerpen/puisi, ruang diet sihat, ruangan kecantikan dan banyak lagi. Selepas Mingguan Wanita saya sempat bertugas di Majalah Rapi untuk terbitan pertama dan kedua.

Kemudian menyambung atau mencari angin baru sebagai Pegawai penerbitan, yang ini banyak fokus kepada penulisan usahawan-usahawan luar bandar. Banyak juga informasi di sini yang mana saya suka mencari dan menyelongkar kisah-kisah kejayaan usahawan luar bandar yang bukan calang-calang, ada ramai yang sudah bergelar jutawan.

Saya meneruskan minat dalma bidang penulisna sudah tentu informasi wahm dan soho dan pada masa yang sama saya masih mengekalkan minat dalam penulisan kesihatan dan kecantikan.

Jadi 2013 adalah masanya untuk saya terbitkan manuskrip yang beratur yang sudah lama diperam.
















No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin