Insya-Allah tahun ini saya memasuki tahun kelima bekerja dari rumah. Kalian bila lagi? www.janawangdirumah.com
Hari ini sudah 16 Januari 2013, laju sungguh masa bergerak. Jadi Masayu Ahmad juga perlu pantas luar biasa. Sudah jam 7.50 pagi. Berikut rutin saya setiap hari.
1. Jam 4,5,6 dan 7 adalah masa untuk menulis. Bangun lebih awal adalah lebih bugar. Menyiapkan kerja berat awal pagi memang mudah.
2. 7 dan 8 pagi, biasanya saya akan selesaikan kanak-kanak riang, usai selesai Hakim, Arif dan Aiman, uruskan juga pakaian suami.
3. Menjelang jam 8 pagi saya menyusu, mandikan dan menyuapkan Arissa. Kadangkala saya memasak pagi, atau bergilir dengan mertua untuk sarapan.
4. Jam 8 juga menulis di blog, dan berselang seli menjawab/mengurus pasukan dropship. Juga selesaikan mana-mana yang bertatus segera.
5. Jam 9 selesai menghantar Arissa, selalunya jika Arissa tidak makan dirumah, saya suapkan dia di taska. Arissa sudha kenyang, bersih dan wangi saya tinggalkan dengan hati lapang. Saya singgah sebentar untuk minum atau jika tidak awla pagi sudah minum atau sarapan di rumah. Biasanya saya makan berat seperti nasi, jadi akan dapat bertahan sehingga malam. Untuk tengahari saya makan makanan yang boleh membantu badan dari rasa lapar seperti kurma.
6. Jam 10 masanya menguruskan http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom dan juga pasukan dropship online.
Saya menawarkan tiga pilihan dropship, buku, produk sunnah dan terbaru dropship borong.
7. Jam 12.30 saya ke sekolah menghantar bekal dan beg sekolah untuk sesi KAFA sebelah petang. Biasanya masa ini saya temankan Hakim makan tengahari dan sambil itu bertanya apa perkembangan di sekolah. Saya tinggalkan Hakim apabila nampak dia sudah selesai, bersalaman dan saya terus pecut.
7. Biasanya selesai jam 12 saya bergerak untuk penghantaran barang sama ada di skynet, pejabat pos atau gedex.
8. Sebelum zuhur, saya berada di Masjid A, saya recaj tenaga sebentar, kemudian menyambung urusan. Sama ada urusan online, pengurusan stok, temujanji dan sebagainya.
9. Jam 4 saya bergerak balik, Asar di Masjid B, menjemput kanak-kanak riang, saya perlu lewatkan kerana Arif dan Aiman solat asar berjemaah di PASTI.
10. Jam 5 hingga 7 saya banyak luangkan masa untuk anak-anak, juga terus masuk dapur untuk menu malam, sambil siapakan makanan petang. Anak-anak selalunya lapar. Semalam gorengkan naget, keropok keping, roti dan teh o panas.
11. Setelah cuti sekolah bermula Jam 8 hingga 10, saya fokus temankan anak-anak menyiapkan kerja sekolah mereka. Setelah mereka tidur, barulah saya fokus semula dengan urusan online.
12. Buat senarai baru untuk hari esok.
Terkini dari saya
Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online/ Offline
Pre Order RM50 Sahaja
Bayar di ini http://kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan
Tinta Pengarang
Bab 1: Pengenalan bisnes
1.1 Ringkasan bisnes butik
1.2 Rangkaian industry butik
1.3 Ciri-ciri butik
Bab 2: Kemahiran
2.1 Kenali bakat, hobi kepada bisnes
2.2 Kemahiran dalam bisnes
2.4 Ambil peluang bisnes secara online
2.5 Kuasai kaedah promosi sepanjang tahun
Bab 3: Barang mentah/ Sumber bekalan (15 muka surat)
3.1 Fokus produk (niche)
3.2 Sumber pemborong produk, senarai pembekal, lokasi
3.3 Peralatan kelengkapan butik (jenis produk, jualan borong, runcit, pembekal produk)
3.4 Panduan produk dan khidmat pelanggan
Bab 4: Modal (15 muka surat)
4.1 : Modal Untuk Bisnes Skala Kecil
4.2 : Contoh Kaedah Kumpul Modal
4.3 : Strategi Pengurusan Modal
4.4: Sumber Pinjaman
5.2 Panduan khidmat pelanggan
5.3 Kemahiran khidmat pelanggan
5.4 Cara menjual kepada setiap pelanggan
Bab 6: Pendaftaran bisnes
7.1 : Pentadbiran
7.2: Operasi- pengendalian stok, pameran di butik, pengurusan pekerja, kaedah jualan
7.3: Pengurusan Kewangan
7.4: Panduan Pengurusan Profesional
Bab 8: Harga tawaran (11 muka surat)
8.1 Kaedah penentuan harga
8.2 Contoh penentuan harga
8.3 Mempelbagaikan jualan- konvensional dan online
Bab 9: Promosi/pemasaran (16 muka surat)
9.1 Kaedah promosi & pemasaran
9.3 Strategi promosi butik
9.4 Tip promosi dan pemasaran
10.1: Bisnes yang ada kaitan dengan bisnes butik
10.2: Jaringan usahawan- forum online, persatuan
10.3: Organisasi yang perlu disertai usahawan
Bab 11: Pengalaman bisnes
11.1 Alasan perlu buka butik
11.2 Pengalaman bisnes 1, Abaya Elegen, Norhaniza Taib
11.3 Pengalaman bisnes 2: Ely Suhaili Punari
Bab 12 Motivasi bisnes (14 muka surat)
12.1Kelangsungan bisnes
12.2 Aliran pendapatan berganda
12.3 Lapan prinsip sukses
12.4 Tip bisnes orang Cina
Bagi pembelian/ tempahan awal sebelum 20.2.2013
akan mendapat sebuah buku percuma:
Wanita Juga Boleh berbisnes Berguru Dengan Siti Khadijah
atau pilih bonus buku ini
Ebook ini akan mula terbit secara rasmi pada 20 Februari 2013
Bayar di sini
Pakej 2:
Bagi yang sudah membeli ebookwww.janawangdirumah.com atau sudah mendapatkan buku Jana RM Dari Rumah, kalian hanya perlu bayar
RM40 sahaja
Klik di sini untuk membuat tempahan awal ebook ini
Bayar di sini RM40 sahaja
Juga singgah di sini http://mulabisnesbutik.blogspot.com/
1 comment:
assalamualaikum kak mas.jadual kak mas nampak mudah,tapi bagi saya kadang2 agak susah nak dilaksanakan.tetapi kesemuanya dtg dari kelemahan saya sendiri.nak share di sini antara kesilapan / kesalahan mudah yg boleh terjadi:-
1.mudah lalai/leka/hilang fokus - cth terbuai menonton rancangan tv kegemaran,surf website tak berfaedah etc.
2.gagal'memecut' spt kak mas ckp, memecut utk sesuatu tugas.'lembap' & lalai.
3.fikiran hilang tumpuan krn memikirkan hal / masalah lain yg tak berkaitan.
4.semangat mudah lemah & putus asa bila ada kerja / plan yg tak menjadi.akibatnya effect plan yg seterusnya.
5.hilang fokus krn hal2 lain cth anak2 yg nakal (menjerit2 bermain) atau gangguan dari jiran2 / telefon....
& ada banyak lagi yg masih perlu diperbaiki dari pihak saya.w/pun begitu, sgt apprecite perkongsian dr kak mas.kak mas memberikan idea bahawasanya ia mudah sebenarnya utk dilaksanakan,cuma terpulang pada daya usaha & kemahuan kita.really inspire me to always try the best & never give up. Thank you kak. ;-)
Post a Comment