Wednesday, January 2, 2013

Hebatnya hari pertama sekolah

Teks: Masayu Ahmad
Saya sudah memasuki tahun ke lima bekerja dari rumah, kalian bila lagi? www.janawangdirumah.com

Catatan 3.1.2013

Hakim sudah lam pergi. Usai bersalaman dengan Arif dan Aiman, mereka juga melambai pergi. Dua beradik berpeluk erat mengendong bersama ayah. Mereka tidak mahu ibu hantar, tetapi mahu ayah yang hantar. Ibu suka, kerana tugas menghantar sudah diserahkan kepada ayah.

Hari ini masuk hari ketiga persekolahan, status di laman sosial kebanyakan, bercerita perihal hari pertama persekolah. Ada yang berkongsi kegembiraan hari pertama, anak-anak mengambil saringan ujian dan sebagainya. Juga bagaimana saya melihat keterujaan luar biasa versi moden yang menghantar anak-anak, tidak sekadar itu mengambil gambar perlbagai sudut, agar ia menjadi kenangan.

Ada satu menyentuh hati saya perbincangan di kumpulan ibu-ibu tanpa bibik, salah satunya perkongsians seorang teman tentang, ada ibu bapa yang sanggup menghantar jurugambar agar dapat merakam aksi pertama anak pada hari pertama. Ada pula yang memenuhi kelas sehingga guru terpakasa pula menghalau mereka agar meninggalkan anak-anak. Juga ada yang memenuhi kantin sekolah, bersama dan menemani anak-anak makan, hingga kanak-kanak yang lain terpaksa pula makan di longkang. Saya membaca catatan dan perkongsian dengan mencerap banyak yang boleh kita ambil iktibar pada hari pertama

Azam yang selalu luntur

Hari pertama persekolahan, hari pertama bekerja, hari pertama melahirkan anak, hari pertama kita meletak surat jawatan. Ia seakan satu bentuk azam kita mahu yang terbaik. Ibaratnya seorang ibu menghabiskan beratus ringgit untuk anak-anak, menghantar dna memilih sekolah yang terbaik, buku-buku terbaik, sekolah terbaik. Alangkah molek setiap catatan harian kita sebagus hari pertama ke sekolah juga,
Ia semangat waja, mahu terbaik, cantik kemas, disiplin, segalanya yang positif sahaja


Rutin tahun baru
Masa saya lebih terancang dan teratur kini awal pagi sebelum jam 12.45 saya selesaikan urusan pembungkusan barang dan hantar barang, kemudian menjemput Hakim dari sekolah, menghantar terus ke guru mengaji quran.

Kemudian bawa Hakim bersama selesaikan lagi tugas sebelah petang hingga Asar, singgah solat jemput tiga beradik dan pulang. Sampai di rumah selalunya melayan kanak-kanak riang minum petang. Dua hari persekolahan Aiman kepenatan, sampai di rumah dia terus lena di sofa.

Arif katanya dia masih lagi menjadi imam untuk zuhur dan asar, alhamdulillah.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin