Teks: Masayu Ahmad
Selesai sudah pecutan jam 7 hingga 8.30.
Pagi ini mertua menyediakan mee goreng, jadi itulah bekal untuk kanak-kanak riang. Sampai di rumah kemaskan ruang tamu, jemur kain dan sekarang ini masa sekejap untuk online. Jam 12.30 pecut semula ke sekolah dan kemudian singgah zuhur, bersambung hantar barang. Itulah harian saya.
Email Puan R
Saya menerima email Puan R yang keliru tidak tahu mahu pilih yang apa bisnes/kerja yang boleh diusahakan. Ok, salah satunya, senaraikan apa yang kalian minat. Contoh
1. Saya minat tulis buku, jual buku.
2. Tulis buku pula fokus kepada kajian bisnes kecil dan idea bisnes dari rumah.
Dua dari minat di atas saya kembangkan pula kepada
1. Pendapatan pasif
2. Pendapatan aktif
Pentingnya pendapatan pasif
1. Ia berbentuk royalti buku atau ebook, kita bersusah payah sekali, tetapo hasilnya insya-allah sepanjang masa sehingga kita pejam mata. Jadi saya perlu kembangkan dan banyak buku agar saya boleh pencen cepat, juga persediaan sebelum apa-apa iaitu kudrat saya tidak megizinkan lagi, tinggal dua tahun lagi saya perlu siapkan 30 minima buku. (Tetapkan matlamat ini secara realistik)
Apa pula pendapata aktif.
1. Pendapatan ini boleh menampung perbelanjaan harian, persekolahan anak-anak, juga untuk kelangsungan hidup. Kenalpasti apa pendapatan aktif kalian. Contoh saya ialah menawarka jualan buku dan juga dropship.
Sambilan atau sepenuh masa
1. Sangat penting bagi kalian yang masih bekerja boleh lakukan secara sambilan. Boleh mulakan apa sahaja selepas kalian sudah membuat kajian dan sasaran pelanggan, atua nama lain perancangan bisnes/perniagaan. Buat ringkasan dan boleh mula bila-bila masa sahaja menggunakan medium blog atau facebook. Buat beberapa kedai serentak, dan lihat yang mana sangat laju dan kalian boleh urus dengan baik.
Apa terbaru?
Kini sudah boleh mendapatkan Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online Offline, klik di sini untuk keterangan lanjut. http://mulabisnesbutik.blogspot.com/
Setelah membaca panduan dan informasi persediaan bekerja dari rumah. Ramai yang keliru mahu mula yang mana.
No comments:
Post a Comment