Sunday, January 6, 2013

Rebut peluang ketika ada peluang


Teks: Masayu Ahmad


Catatan 7.1.2-2013

Sungguh pantas masa berlalu, hari ini sudah memasuki minggu pertama bulan Januari 2013. Hari ini saya tidak memask, sungguh kepenatan semalam. Alhamdulillah semua sudah mula memasuki trek dan anak-anak nampaknya sudah dapat menyesuaikan diri dengan rutin baru.

Hakim dan Aiman sangat mudah bangun pagi, hanya Arif mengeliat sedikit. Apa pun jam 8.30 pagi semua selesai.

Jam 12.45 tadi saya seperti biasa singgah ke sekolah Hakim untuk menemani anak makan tengahari, sementara sambung semula kelass KAFA. Alhamdulillah, mulai minggu depan hanya hantar makanan sahaja dan jam 5 Hakim akan pulang seperti biasa bersama Pok Sid.

Sebelum anak keluar dari kelas, saya meninjau ke kantin apa makanan yang disediakan. Makanan biasa-biasa sahaja, menu kegemaran kanak-kanak yang kurang berkhasiat, keropok lekor, hot dog, naget, aduhai.

Tapi ramai juga ibu bapa yang datang menghantar bekal atau nasi bungkus. Ada juga anak-anak yang hanya makan kuih dan minum air sahaja. Kasihan pula. Tidak ramai di kantin, hanya beberapa orang ibu bapa sahaja yang menemani anak makan termasuk saya, tiada kesesakan luar biasa sebagaimana saya baca di status facebook rakan-rakan surirumah yang lain terutama di bandar-bandar. Alhamdulillah, kami masih berada dalam suasana biasa-biasa sahaja, hanya terhimpit 'kesesakan masa' dan bukan saya seorang yang mengalami  dan perlu mengurus masa dengan baik.

Petang tadi usai sampai di rumah, di atas pengukus sudah kepulan asap, di dalamnya ada kuih jelebab ubi, teh o panas, dan sebentar kemudian suami bawa pulang juga pisang goreng. Juga sudah ada sup tulang dimasak mertua. Jadi malam ini tidak perlu lagi memasak, saya hanya sambung memasak nasi, mandikan Aiman dan Arissa dan sekarang kembali menyudahkan entri hari ini.

Sebetulnya saya mahu sentuh beberapa topik ini

1. Bekal anak ke sekolah
2. Wang belanja harian
3. Pengurusan anak-anak di sekolah, transit ketika ibu bapa bekerja
4. Urus masa untuk ibu bapa sibuk
5. Rancang masa fleksibel bersama anak-anak agar tidak terabai

Hari ini

1. Saya perlu siapkan beberapa perkara lagi www.nbukuonline.com

2.Sementara itu bagi kalian yang baru mahu mula bekerja dari rumah, saya buka tiga dropship, salah satu yang terkini dropship borong, boleh lihat terma dan syarat di sini

Terhad kepada 60 ahli sahaja, tinggal 55 tempat sahaja lagi.

Syaratnya seperti berikut:

1. Terbuka kepada yang sudah mula bisnes online.

2. Terdapat 50 produk

3. Yuran komitmen hanya RM50 sahaja.

4. Boleh gunakan borang ini, (pada ruang buku, nyatakan 

BAYARAN DROPSHIP 

BORONG)http://kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan 

(guna borang ini ya)

5. Sila mesej saya di fb, atau email pn.masayu@gmail.com  nyatakan berminat dan sudah bayar.

6. PENYERTAAN ADALAH TERHAD


sila ke sini untuk lihat lebih banyak gambar ;)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin