Alhamdulillah, pecutan menulis dari jam 4 hingga 5, sebelum itu sempat sidai kain, hujan, jadi banyak kain yang basah. Kembali melihat senarai, ok, saya masih lagi disiplin dengan masa dan sasaran setakat ini iaitu 22.1.2013. Moganya kekal semangat dan kegigihan ini.
Untuk reward bulan ini, insya-allah kebetulan pula, akan bawa anak-anak berjimba-jimba sambil melepas lelah barang seketika. Saya sedang menyiapkan satu lagi manuskrip, menyambung semula senarai manuskrip yang bersusun tahun sudah tidak dapat saya siapkan. Tahun ini lebih banyak senaai yang akan diterbitkan. Terima kasih Allah atas idea-idea yang tak pernah padam, malah sentiasa mengalir laju.
Berikut kepuasan untuk saya bekerja dari rumah ;)
1, Kita punya pivasi sendiri, suka hati kita mahu buat di mana tanpa arahan siapa-siapa.
2. Saya seronok waktu begini boleh fokus dengan baik sekali, kerana anak-anak sudah ke sekolah. Bermula jam 5, 6, 7, 8. 9 saya perlu kembali menyarung jersi surirumah, tukang masak dan pemandu.
3. Setakat ini alhamdulillah, dapat mengikuti perkembangan anak-anak. Sebetulnya tahun ini barulah masa saya lebih seimbang untuk anak-anak. Itu pun pecutan sebelum Hakim ke sekolah. Mulai tahun depan Arif sudah darjah 1, jadi tugas lebih berganda. Tumpuan juga lebih kepada Haki, 24 hb ini ada mesyuarat PIBG, tahun lepas memang saya tidak dapat hadir. Tahun ini, jika menjelang tengahari memang saya ke sekolah bawa bekal untuk anak.
Sambil menunggu Hakim, saya menyudahkan kembali bacaan buku ini, Wanita Juga Boleh Berbisnes, Berguru Dengan Khadijah. Buku ini saya bagi percuma sahaja dengan setiap pembelian Ebook Panduan Mula Bisnes Online Offline
Muka surat 79, 80
Sekalipun wanita telah dijamin nafkahnya melalui pihak lain (suami atau wali), tidak bererti Islam tidak membenarkan wanita bekerja untuk mendapatkan harta atau wang. Islam membolehkan wanita untuk memiliki harta sendiri. Bahkan wanita juga boleh berusaha mengembangkan hartanya agar semakin bertambah.
Allah berfirman "...Bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi wanita ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan." (An-Nisaa':32)
Paling penting, wanita tetap terikat dengan ketentuan Allah (hukum syarak) yang lain ketika dia bekerja. Ini bermakna, wanita tidak boleh menghalalkan segala cara dalam segala keadaan ketika bekerja. Wanita juga tidak boleh meninggalkan kewajipan apapun yang dibebankan kepadanya dengan alasan waktunya sudah habis untuk bekerja atau dia sudah penat bekerja sehingga tidak mampu lagi untuk melakukan tugas yang lain.
Justeru wanita perlu lebih mengutamakan tugas utamanya daripada bekerja kerana hukum bekerja bagi wanita adalah mubah. Melalui hukum ini, wanita boleh memilih untuk bekerja atau tidak. Apabila seorang mukmin atau muslimah mendahulukan perbuatan yang mubah, dan mengabaikan perbutan wajib, bererti dia telah berbuat maksiat (dosa) kepada Allah.
Oleh kerana itu tidak sepatutnya bagi seorang Muslimah mendahulukan kerjanya dengan mengabaikan tugas utamanya sebagai ibu dan pengurus keluarga. Juga tidak layak baginya, mengutmakan kerja sementara dia melalaikan kewajipan-kewajipan yang lain seperti tidak mengenakan tudung jika keluar rumah, tidak menunaikan solat lima waktu dan lain-lain.
http://mulabisnesbutik.blogspot.com/
Dapatkan buku bonus percuma dengan pembelian ebook mula bisnes butik
Klik di sini untuk keterangan lanjut: http://mulabisnesbutik.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment