Jam sekarang 7.23 pagi catatan 8.1.2013. Alhamdulillah Arif dan Aiman sudah sukses dan mudah bangun pagi jika tahun sudah sangat mencabar tahun ini mudah banyak.
Anak-anak sudah tiada, Hakim dihantar Pok sid, Arif dan Aiman en.suami yang hantar, Arissa masih bergolek sakan di tempat tidur, menu kaish sayang mertua pagi ini, kuih jelebab ubi, gulai daging (campur terung dan bendi) nasi putih, teh o panas. Alhamdullah atas segala limpahan kasih sayang Allah, rezeki yang maha luas turun dari langit. Rezeki kasih sayang yang tidak pernah putus mengalir, rezeki masa fleksibel boleh bekerja seperti biasa walau di rumah.
Saya tidak terkejar-kejar masa, walau banyak urusan tetapi ia masih fleksibel. Dahulukan urusan keluarga, kerja nombor 2. Ini hasilnya selepas merancang bekerja dari rumah. Walaupun perancangan saya dahulu
agak terburu-buru, tetapi usaha tanpa jemu sekarang saya dalam fasa menikmati hasilnya. Alhamdulillah.
Apa yang terbaru dari saya?
1. Bagi pembeli tegar buku, akan mulai menggunakan shopping cart yang lebih memudahkan kalian, www.nbbukuonline.com akan mula beroperasi tidak lama lagi
2. Natikan juga ebook kedua, panduan mula bisnes butik online/offline. Selepas membaca panduan ini butik kalian sudah boleh mula operasi dalam masa 24 jam sahaja. Insya-Allah.
3. Ebook panduan asas bekerja dari rumah sudha mula masuk carta. Alhamdulillah. Walaupun orang lain sudah lama berada dalam carta top 10, saya baru mula terkedek-kedek, tetapi tidak mengapa, asalkan saya konsisten berusaha dan tidak pernah putus asa, itu lagi penting. Terima kasih Allah atas segala kemudahan ini.
SEDARLAH HAKIKAT INI..
Jika anda adalah seorang ibu dan juga wanita yang bekerja di luar rumah, saya pasti anda menyedari tentang hakikat ini. Anda sedar, waktu anda untuk bersama anak-anak terlalu singkat. Seboleh mungkin, jiwa dan naluri meronta-ronta ingin tinggal di rumah dan meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak. Melihat setiap detik, saat-saat mereka membesar, mendidik dan juga memberikan mereka kasih-sayang sepenuhnya. Tetapi, situasi dan kedudukan kewangan semasa, memaksa anda untuk melenyapkan sahaja impian anda itu.
ZAMAN TEKNOLOGI MEMBERI HARAPAN BARU..
Kini, kita berada di zaman teknologi. Ianya memberikan satu nafas baru kepada golongan-golongan ibu untuk tinggal di rumah dan menjana pendapatan seperti mana yang dilakukan oleh ibu-ibu kita pada zaman dahulu.
Pada zaman dulu, memang tidak dinafikan, berapa sangatlah pendapatan yang boleh diperolehi dengan mengambil upah menjahit baju? Membuat kuih? Ataupun menganyam tikar? Pendapatannya terbatas disebabkan pasarannya yang kecil, iaitu, pelanggannya hanyalah dari sekitar-sekitar orang di kampung sahaja.
Tetapi kini, teknologi internet, menjadikan aktiviti tersebut kembali relevan dan beranjak kepada satu tahap yang baru. Tempahan baju dan tempahan kuih kini tidak lagi hanya tertakluk kepada pasaran setempat sekitar kampung sahaja, tetapi ianya mampu menjangkau ke luar daerah, negeri mahupun negara.
Aktiviti menjana pendapatan di rumah juga kini lebih banyak, jika dulu, golongan ibu lebih terkenal dengan aktiviti "mengambil upah jahit", tetapi kini, aktiviti lebih moden seperti khidmat pembantu maya (virtual assistant), tempahan sulaman, tempahan kuih & kek, kraftangan, percetakan, penulisan, jual beli saham dan bermacam-macam lagi aktiviti yang menguntungkan, boleh dilakukan oleh golongan ibu dengan hanya duduk di rumah.
Ianya bukan sahaja dapat membantu meningkatkan pendapatan ekonomi keluarga, malah, institusi keluarga juga menjadi lebih terjamin dan kukuh.
MASA UNTUK ANDA MEMBUAT PILIHAN..
Jangan berkata "Saya tidak punya pilihan!"
Berikan peluang kepada diri anda! "Pilihan", sentiasa ada. Cuma anda yang perlu menentukan sama ada anda "mahu" atau "tidak" menerima pilihan itu.
Waktu ini, sudah ramai yang menyedari tentang kelebihan "bekerja di rumah", ramai yang telah mengorak langkah dan menjadikan impian mereka suatu realiti. Dijangkakan, trend ibu bekerja di rumah ini akan terus meningkat dan menjadi satu trend pada masa hadapan.
Usah terkejut, suatu hari nanti, golongan-golongan ibu yang lain akan terkejut jika mereka mendengar, anda masih lagi bekerja di pejabat!
Mungkin dialognya... "Hah? Anak dah 3 tapi masih bekerja di pejabat?"
Dimasa hadapan, dialog ini mungkin akan mengambarkan anda adalah seorang yang ketinggalan zaman, tidak bertanggungjawap kepada keluarga dan juga seorang yang tidak kukuh kewangannya dan sentiasa hidup dalam kemurungan kerana masih "terpaksa" bekerja di pejabat.
Bagaimana? Jangan sampai pada tahap itu, barulah anda terhegeh-hegeh hendak bertindak..
BINA TAPAK ANDA SEKARANG
Mahu atau tidak, anda perlu bina tapak/asas anda dari sekarang. Anda perlu merancang untuk hidup bebas, menghabiskan lebih banyak masa di rumah bersama keluarga serta mempunyai pendapatan yang kukuh walaupun hanya duduk di rumah.
Ianya bukanlah sesuatu yang mustahil, ramai yang telah melakukannya dan saya juga telah melakukannya.
Mari kita lihat beberapa orang yang telah berjaya melakukannya.
mula rancang dari sekarang, www.janawangdirumah.com
No comments:
Post a Comment