Tuesday, January 22, 2013

Rahsia kasih sayang Allah


Nota iklan: Bab 12, Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online Offline.
Klik di sini untuk keterangan lanjut,http://mulabisnesbutik.blogspot.com/



“Walaupun kita gagal sekali, atau sukar mendapatkan pinjaman bank, perlu istiqamah dan terus buat sahaja (just do it!). Jangan fikirkan apa-apa. Usahakan apa yang ada. Ini penting untuk bina reputasi dan lama-kelamaan kita akan membina kredibiliti dan kepercayaan.”
Tips Ali Hassan (pemilik Butik Al-Ikhsan)
- Apa sahaja yang berlaku, usahawan perlu sabar.
- Perbaiki kelemahan.
- Jangan malu bertanya kepada pelanggan apa yang mereka tidak puas hati, biar mereka “komplen”.
Sudah boleh dapatkan Ebook ini dengan tawaran harga RM100, bayar RM50 sahaja, sehingga satu tarikh mungkin harga akan kembali kepada yang asal, lihat di sini untuk maklumat lanjut.http://mulabisnesbutik.blogspot.com/

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah atas kurniaan hari ini. Cuaca sangat segar sekali, semalam hujan hari ini nyaman bangat.
Menu pagi nasi berlauk gulai ikan ala kelate. Semalam saya pulang lebih awal, asar di rumah, kemas pakaian, dan sambung siapkan manuskrip. Usai asar saya terus masak nasi, fikiran mahu buat nasi goreng kampung dan goreng keropok. Petang semalam pun hujan juga, fikir saya tentu anak-anak lapar.

Singgah juga membeli keropok ikan, beli tiga dapat empat, maksudnya percuma satu. Saya meredah hujan, pemanduan lancar walau hujan lebat, sekejap je pun 2 minit dah sampai. Anak-anak sudah bersedia di muka pintu, tak sabar nak balik rumah.

Sampai di rumah, Arif buka bekal pagi tadi mee goreng, masih ok. Saya segera panaskan kuali dan goreng keropok ikan. Yang ini segar sebabnya setiap hari dibuat jualan. Satu pinggah, Hakim datang dan menatang ia ke ruang tamu. Saya panaskan air, untuk teh o panas.

Kemudian ambil bawang dan campurkan bahan kisar, masukkan lengkuas. Panaskan dapur sebelah, gabungkan bahan kisar santan, asam gelugur. Masak dengan api perlahan.

Sambil itu saya masak lagi keropok untuk en.suami. Teh o panas sudah siap, selesai keropok, saya panaskan kuali, mahu masak nasi goreng pula. Selesai keropok ikan, saya sambung keropok keping, nanti boleh makan dengan nasi goreng.

Gulai sudah mendidih, sudah boleh masukkan ikan, ikan tongkol dan kepala ikan siakap. Masukkan daun kesum untuk aroma harum dan rasa yang lebih enak.

Bersambung nasi goreng, masukkan ikan bilis, kacau sebati, masukkan nasi, kangkung, dan telur, goreng dengan penuh kasih sayang ya. 

Usai selesai, saya segerakan bawa sepinggan untuk anak-anak, jam sudah 6.30 jadi semua sudah selesai.

Saya ke dapur panaskan minyak, mertua menyambung tugas goreng ikan, sambil minum petang. En. suami pulang semua sudah siap.

Semuanya selesai serentak.

1. Menu petang keropok ikan dan teh o panas

2. Nasi goreng kampung dan keropok keping

3. Nasi putih, gulai ikan aroma daun kesum, ikan goreng, ulam untuk menu malam

4. Gulai dibuat banyai sekaligus untuk menu sarapan pagi esok.




















No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin