Latar belakang saya?
Saya adalah lepasan Universiti Sains Malaysia dalam bidang Komunikasi Massa dan pengkhususan kewartawanan.
Selepas tamat belajar saya memulakan kerjaya pertama sebagai wartawan Kumpulan Karangkraf, kemudiannya cuba mengambil angin baru di sebuah institusi kewangan mikro sebagai Pegawai Penerbitan. Masih berada dalam lingkungan bidang yang sama iaitu penerbitan dan penulisan. Ketika belajar dan bekerja aktiviti saya masih diselang seli dengan berniaga sebagai hobi.
Namun selepas berkahwin pada 2005, saya mula merancang untuk berhenti kerja dan faktor anak yang selalu sakit dan berulang alik tinggal di hospital sebagai rumah ke dua menjadi titik tolak saya mengambil langkah 'sudah masanya saya berhijrah'.
Hijrah kini dengan pendekatan mencari peluang bekerja dari rumah. Saya mula mencari peluang menjana pendapatan pasif dan juga pendapatan aktif. Penghujung tahun 2008 bermula karier saya sebagai suri bekerja dari rumah sepenuh masa.
Sekitar empat tahun lepas, Ogos 2008 saya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Ia sudah lama dalam perancangan dan fikiran. Apatah lagi dorongan kuat itu salah satunya adalah kerana Hakim setiap tahun, dan dalam setahun banyak kali berulang alik dan dimasukkan wad.
Hakim adalah sebab utama saya berhenti kerjaya, bertukar haluan untuk bekerja dari rumah. Tidak banyak kumpulan sokongan pada masa tersebut tentang panduan bekerja dari rumah. Yang ada adalah sumber di internet dan juga web dari negara-neraga maju yang sudahpun terkehadapan tentang bekerja dari rumah.
Tidak sekadar itu, ketika hamil anak ke dua saya sudah menetapkan matlamat mahu bekerja dari rumah. Selepas Hakim berterusan masuk wad, keluar masuk, saya sudah bertekad dan tidak menoleh ke belakang.
Ketika usia anak ke tiga enam bulan, saya memegang status wanita bekerja dari rumah. Pun, begitu pandangan dan penerimaan masyarakat pada ketika itu masih belum begitu terbuka tentang status wanita bekerja dari rumah.
Juga atas dorongan diri dan usaha inilah saya memberi dan mengutip banyak info bekerja dari rumah dan mula menulis tentanya di blog dan facebook. Saya mula mempunyai rakan-rakan maya (online) yang juga mempunyai tujuan yang sama, meninggalkan kerjaya dan memulakan kerja atau bisnes dari rumah.
Hakim adalah sebab utama saya berhenti kerjaya, bertukar haluan untuk bekerja dari rumah. Tidak banyak kumpulan sokongan pada masa tersebut tentang panduan bekerja dari rumah. Yang ada adalah sumber di internet dan juga web dari negara-neraga maju yang sudahpun terkehadapan tentang bekerja dari rumah.
Tidak sekadar itu, ketika hamil anak ke dua saya sudah menetapkan matlamat mahu bekerja dari rumah. Selepas Hakim berterusan masuk wad, keluar masuk, saya sudah bertekad dan tidak menoleh ke belakang.
Ketika usia anak ke tiga enam bulan, saya memegang status wanita bekerja dari rumah. Pun, begitu pandangan dan penerimaan masyarakat pada ketika itu masih belum begitu terbuka tentang status wanita bekerja dari rumah.
Juga atas dorongan diri dan usaha inilah saya memberi dan mengutip banyak info bekerja dari rumah dan mula menulis tentanya di blog dan facebook. Saya mula mempunyai rakan-rakan maya (online) yang juga mempunyai tujuan yang sama, meninggalkan kerjaya dan memulakan kerja atau bisnes dari rumah.
Blog pertama saya ini dinamakan http://naufalsayang.blogspot.com/ adalah catatan atau diari harian saya. Saya kongsikan catatan harian atau rutin seorang suri rumah, penulis, iaitu bagaimana menguruskan aktiviti harian. Pada masa yang saya banyak tips atau panduan asas bagi seorang yang bergelar suri rumah mahu menjana pendapatan bermula dengan apa yang ada.
Penulisan adalah kerjaya utama saya,dan yang paling penting saya sudah memulakan aktiviti menulis di blog dan aktif di media sosial facebook, menulis panduan dan memberi tips bekerja dari rumah kepada lebih wanita atau sesiapa sahaja yang ingin dan mencari peluang bekerja dari rumah.
Bila mula menulis?
Ketika mula berhenti kerja dahulu dan bermula bekerja dari rumah amat sukar sekali mencari kumpulan sokongan di Malaysia. Kebanyakan adalah bersumber dari negara-negara maju dan info berkaitan melalui carian internet. Atas faktor ini juga, inisiatif saya menulis dan berkongsi seberapa banyak info bekerja dan peluang bisnes yang boleh dilakukan di rumah. Salah satu blog perkongsian info bekerja dari rumah adalah http://wahmsahmsoho.blogspot.com/-
Buku pertama Jana RM Dari Rumah terbitan Grup Buku Karangkraf pada tahun 2011, merealisasikan impian saya sebagai penulis sepenuh masa. Insya-Allah lebih banyak buku berkaitan bisnes dan kerjaya dari rumah sedang dan akan diterbitkan. Sejak buku diterbitkan, saya bukan sekadar menjual buku sendiri secara online malah sudah mempunyai kedai buku online.
Sejak awal 2012, saya telah mengembangkan lagi bisnes sedia ada iaitu, menjual buku-buku bisnes, motivasi, kitab, al-quran terjemahan dan juga jualan produk sunnah seperti kurma, cuka kurma, cuka epal, susu kambing, kismis, buah tin, zaitun, air zam-zam dan banyak lagi.
Bukan sekadar diri sendiri, melalui sistem dropship, saya juga telah membuka peluang kepada suri rumah, wanita yang masih bekerja untuk mengusahakan bisnes secara online tanpa perlu mengeluarkan modal. Jika ada hanyalah talian internet dan komputer sahaja. Melalui dropship, kini membolehkan sesiapa sahaja bermula dan mencari peluang menjana pendapatan tanpa perlu bersemuka, semua perbincangan, jualana, tips pemasaran dilalukan secara online.
Konsep blog dan cara penulisan?
Fokus penulisan untuk blog ini adalah tentang suasana sebenar bekeja dari rumah, mengurus masa, mengurusa rumah tangga dan pada masa yang sama bagaimana menyeimbangkan antara kerja atau bisnes.Ia adalah catatan realiti perkembangan saya sejak mula berhenti kerja semenjak 2008. Jadi pembaca dapat membaca semula catatan lama semenjak ia bermula, dan dapat melihat perkembangan saya tahun sebelumnya hingga kini.
Motivasi dan inspirasi
Sudah tentu niat asal saya adalah memberi dorongan kepada jutaan surirumah diluar sana yang mahu keluar dari suasana bekerja di luar rumah. Bekerja dari rumah adalah satu menyeronokkan dan tambahan pula apabila kita bijak mengurus masa agar 'fleksibel'. Puan begitu sangat perlu mengikuti langkah-langkah yang betul sebelum berhenti kerja. Saya bukan sekadar berkongsi perihal catatan sendiri, malah saya kongsikan blog-blog wanita yang sudah sukses dan juga memegang status bekerja dari rumah.
Pengikut setakat ini?
Alhamdulillah pengikut atau pembaca setia di sini adalah kalangan suri rumah, suri yang bekerja dari rumah, juga mereka yang sedang mencari peluang bekerja dari rumah. Juga mereka ini yang dulunya pembaca blog, sudah mendapatkan buku atau ebook tulisan saya. Ada juga yang sudah pun menjadi rakan niaga atau menyertai bisnes berasaskan dropship yang saya tawarkan.
Bahasa yang digunakan?
Bahasa yang digunakan adalah bahasa santai sahaja, tetapi saya minimakan penggunaan bahasa slanga atau bahasa yang tidak sesuai. Mudahnya kerana, agar ramai yang suka baca pengisian secara santai dan tidak terlalu akademik. Blog ini juga adalah salah satu cara menulis mengumpulkan idea-idea di sini dan diterbitkan dalam bentuk buku atau ebook.
Jadikan blog sebagai sumber pendapatan atau suka-suka sahaja?
Pada awal penulisan adalah untuk suka-suka sahaja, selepas terbitnya buku pertama dan ebook, idea suka-suka ini sudapun membawa kepada pendapatan aktif dan pasif. Blog ini adalah salah satu medium promosi yang sangat baik sejak ia mula disiarkan.
Salah satu kepakaran saya adalah melalui blog, bukan sekadar untuk diri sendiri. Pada tahun 2012 saya menawarkan perkhidmatan membuat blog bagi usahawan offline. Antaranya pemilik homestay, hotel bajet, pemili butik di Kelantan dan juga usahawan IKS yang lain.
Saya masukkan blog inihttp://cuti-cutikelate.blogspot.com/ khusus untuk pemilik yang berkait rapat dengan industri pelancongan di Kelantan. Untuk tahun 2013, saya sudah mula membuka peluang kepada orang perseorangan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat saya untuk bermula dengan blog dan menjana pendapatan, khususnya untuk memasarkan produk dan perkhidmatan.
Masayu Ahmad 33 tahun
.
No comments:
Post a Comment