Friday, January 25, 2013

Kembalikan tenaga untuk ibu super sibuk-tips sahm, wahm

Teks: Masayu Ahmad


Salam Sabtu yang harmoni, sudah masuk 26.1.2013. Semalam mahu menulis tetapi dek kepenatan saya tangguh hingga hari ini.

Semalam ramai di rumah mertua, jadi masak memasak secara berjemaah. Saya siapkan menu siakap asam pedas, ada ipar yang masakkan ayam masak kicap, ada juga sayur goreng bersama sotong, ikan gelama, ikan sepat goreng juga ulaman. Memang berselara makan ramai-ramai. Usai petang sambil menjempur anak-anak dari kelas al-quran kami tersu balik ke rumah ayahanada.

Saya sedang mencari dan menyelit masa bagaimana untuk pulang lebih kerap ke rumah ayah. Menu malam semalam sayur pucuk niding dan ubi stelo, ikan gelama kering dan ikan kerisi, juga ayam goreng untuk kanak-kanak riang. Pagi ini saya masakkan nasi lemak, ayam masak pedas, ulaman timun batang.

10 tips untuk gaya hidup lebih sihat.

1. Saya memetik satu artikel yang dibaca pagi ini, gaya hidp rakyat Malaysia cenderung kepada gaya hidup tidak sihat, stress, kurang rehat, banyak kerja, tidak jaga pemakanan termasuk berkolesterol yang cenderung kepada penyakit darah tinggi. Justeru kembali seimbangkan diet dan gaya hidup.

2. Susun semula menu sihat dan menu menyelerakan. Ada dua perbezaan menu sihat yang sedap dan menu sihat selalunya kita trpaksa makan. Contohnya teh o kurang manis tidka berapa enak berbanding teh tarik. Tetapi yang lebih baik adalah meminum air kosong.

3. Menikmati makanan yang menyelerakan memberikan impak kita rasa tenang, rasa bertenaga dan rasa gembira. Jangan hindari makanan ini, contohnya nasi lemak. kek coklat, teh tarik. Nikmati dalam skala yang lebih baik iaitu jangan terlalu kerap tetapi selang seli dengan gaya pemakanan sihat.

4.Rai keluarga dengan makanan yang enak yang digemari. Sesi makan adalah satu terapi, tambahan pula dengan kesibukan rutin menyebabkan kita suka mmesak dan menjamu dengan makanan yang berselera. Terapi gembira adalah salah satu cara mengurangkan stress. Cuma ibu perlu bijak memilih menu sihat, nasi ayam sudah tentu lebih baik denga  gulai kari ayam.

Bersambung





No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin