Alhamdulillah hari ini bersamaan 9.1.2.13 saya tengahari ini tak perlu hantar bekal buat Hakim, jadi dia balik dengan Pok Sid sahaja. Saya seronok menanti anak keluar dari kelas. Menanti masa zaman persekolahan. Sekolah Hakim kawasannya sangat segar, masih lagi berada di dalam suasana kampung dan udara yang nyaman. Meja makan di atas adalah mengadap sawah bendang.
Teruja merasai alam sekolah, ia mengimbas kembali memori lama. Saya mungkin juga kalian berjalan kaki ke sekolah. Pagi-pagi sangat suka berjalan selepas subuh dalam cuaca gelap agar segera sampai ke sekolah. Biasanya bawa 20 sen, 30 sen atau paling mewah 50 sen. Anak-anak sekarang sudah rm3 atau RM5, petang lagi mungkin mencecah RM10. Bayangkan pula cucu kita nanti mungkin bawa RM30 atau RM50 pula. Begitulah edaran masa, jika melihat perbandingan nilai matawang juga, sudah menuntut banyak persediaan. Mana satu pilihan kita.
Suasana di sekolah di sini tidak sesak, hanya saya dan beberapa ibu bapa sahaja. Tiada perbandingan dengan gajet-gajet canggih walau saya fikir ada yang mampu berdasarkan jenis kereta, namun gajet canggih belum mempengaruhi anak-anak di sini. Alhamdulillah.
Semalam saya bawa bekal nasi dari rumah, gulai daging yang dimasak mertua, dan bekas air itu baru dibeli. Pesan saya buat Haki, minum air masak dari rumah, atau air kosong yang dibawa sendiri lebih selamat.
Pagi ini bersusun tugas, awal pagi nanti sesi pengambaran untuk cover ebook panduan mula bisnes butik online/offline.
Ia adalah asas bagaimana mahu mula butik online dan offline, moga ebook ini membantu kalian untuk bermula.
Juga urusan selesaikan sedikit lagi senarai barang di dropship borong, fasa pertama saya masukkan dulu 50 produk antara yang laris di pasaran dan sentiasa ada pemintaan, antaranya telekung solat, batik dan lain-lain kalian boleh rujuk beberapa contoh di sini, kalian boleh tengok dan sudah penyertaan hanya 60 sahaja dan tinggal 55 keahlian sahaja lagi, saya tidak akan buka lagi, hanya fokus 60 ahli yang benar-benar komitmen sahaja.
Bagi yang ingin menyertainya, boleh ke sinihttp://bisnesdropship.blogspot.com/
Terhad kepada 60 ahli sahaja, tinggal 55 tempat sahaja lagi.
Syaratnya seperti berikut:
1. Terbuka kepada yang sudah mula bisnes online.
2. Terdapat 50 produk
3. Yuran komitmen hanya RM50 sahaja
lihat contoh produk di sini ya
No comments:
Post a Comment