Tuesday, May 25, 2010

Musim bekwoh akan bermula



Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google

Akan bermula tidak lama lagi musim cuti sekolah, saya yang tidak ada anak sekolah juga kemungkinan besar akan pulang juga ke kampung. Apa yang terbayang di fikiran sekarang betapa enaknya gulai kawah dan nasi putih panas-panas. Dihidangkan pula dengan belda merah (agar-agar), tembikai merah, solok lada, acar mentah dan sambal belacan. Meleleh air liur dibuatnya.

Petang tadi keinginan sudah dipenuhi apabila si dia membawa pulang tembikai dan tepung pelita. Sejuka leher apabila menikmati tembikai, nikmatnya tidak terkata. Alhamdulilah setakat ini mengidam saya tidaklah merapu-rapu, masih boleh dicari. Tetapi sudah tentu masakan Kelantan adalah pilihan utama. Walaupun melayan selera yang kemaruk, saya masih mengambil pendekata tidak menurut kehendak nafsu, ambil sekadar melepaskan keinginan sahaja. Jika tidak ada tidaklah terlalu mendesak sangat. Tetapi alhamdulillah ada sahaja rezeki yang bertandang.

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum mas.
memang musim bekwoh dah dekat dah ni. kad2 jemputan pun dah mula sampai. musim ni lah poket mudah kering. bukang setakat nak bagi hadiah org baru bekwoh tapi ramai juga yang baru bersalin dan akan bersalin termasuklah kakak kakchik yg sorang tu. huhu... moga2 murahlah rezeki duit kali ni.

Anonymous said...

salam mas...musim cuti sek dah dekat...anak2 sibuk dok tanya...kita balik kg ke tak?..kemungkinan besar tak dapat balik...nampak gaya tak dapatlah nak merasa gulai kawah mcm dlm gambar tu...telan air liurlah jawabnya...huhu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin