Teks: Masayu Ahmad
Selalunya apabila hari ibu saya membelikan sesuati yang istimewa buat arwah, kini hadiah yang paling tidak putus sentiasa mendoakan agar mendapat rahmat dan rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang beriman. Sedekah Al-Fatihah buat arwah ibu. Al- Fatihah.
Arwah boleh dikategorikan seorang pendiam dan penyabar. Masakan sudah tentu sekali terpahat dalam kenangan. Acapkali saya terfikir bolehkah saya menjadi ibu penyabar, sebagaimana arwah.
Memori terpahat, masa kecil-kecil dahulu saya sering mengikut arwah ke surau atau panggilan Kelantan balai sah. Teringat akan sentuhan kasih sayang, apabila emak membetulkan telekung saya. Agar kemas dan tidak terkeluar rambut. Biasanya sebelum beberapa minit azan berkumandang kami beriringan ke surau. Saya masih terbayang suasana senja, beriringan berjalan menuju ke masjid. Jelas tergambar di layar fikiran.
Juga setiap kali mendapat keputusan peperiksaan, emak orang pertama saya terpa, mengucup dan apa yang pasti air matanya akan jatuh kerana gembira. Juga ketika menelefon memberitahu berita mendapat menyambung pelajaran di universiti, suara sebak sudah kedengaran di corong telefon.
Apabila setiap kali saya bersalin, tidak putus nasihat begitu dan begini. Saya sangat rindukan arwah, hanya doa sahaja agar sampai ke sana, mudah-mudahan.
Setiap kali ada majlis di sekolah sememangnya saya selalu mendapat tugasan mengoreng bihun. Selalunya habis dan tidak cukup. Dan itulah resipi air tangan yang sentiasa dirindui.
Ketika menginjak dewasa, apabila malas membuat kerja rumah, anak perempuan seperti saya selalu kena bebel. Pandai atau tidak perlu pandai urus dan buat kerja rumah.
Apapun saya teringat kuih muih kegemaran seperti bingka ubi, ketupat sotong, pengat ubi, nasi kerabu dan pelbagai kuih muih menjelang puasa. Semuanya dibuat sendiri tanpa perlu dibeli.
Kasih sayang, resipi air tangan, ilmu rumahtangga, adalah selalu diberikan secara langsung dan tidak. Tetapi itu semua tetap tersimpan kemas dalam ingatan saya. Sambutan hari ibu atau tidak, saya tetap terus berdoa akan rahmat kasih sayang Allah sentiasa mengiringi ke dua ibu bapa.
Selamat hari ibu, semoga kita menjadi ibu terbaik buat anak-anak.
3 comments:
salam mas, entri yang menyentuh hati...Alfatihah untuk arwah ibu Mas...tak dapat saya bayangkan bagaimana saya kalau ibu tiada lagi di sisi...saya juga sering memikirkan kenapa saya tidak se-penyabar dan setabah ibu...kena terus berusaha untuk memberi yang terbaik untuk anak2 insyAllah!
Selamat Hari Ibu Mas!
Insyaallah berkat didikan arwah ibu Mas, Mas juga akan menjadi ibu yang penyabar sepertinya.
Semoga ruh arwah dirahmati Allah.
salam Syahida
Selamat hari ibu buat Syahida, semoga kita dapat menjadi ibu terbaik buat anak-anak
Hargailah ibu ketika masih ada ;D
Kak Chik
Selamat hari ibu juga buat Kak Chik. Insya-Allah cuba menjadi yang terbaik sebagaimana arwah.
Terima kasih atas doa. ;D
Post a Comment