Teks: Masayu Ahmad
Saya sukakan suasana kampung yang mendamaikan. Aroma pasir pantai, hembusan angin yang menyegarkan, suasana tenang segalanya indah jika berbicara tentang kampung halaman. Bangun pagi sudah kedengaran suara kokokan ayam dan burung yang berkicau, segar udara pagi sememangnya lain benar dengan hirup pikuk dan sesak di kota.
Sesiapa pun yang berasal daripada kampung sudah tentu, pastinya ada nostalgia yang melekat. Membesar di kampung dengan makanan yang cukup sedap dan murah. Tidak ada permainan yang mahal, tiada ada baju jenama. Baju kebanyakan dibeli di pasar malam, kedai pagi atau sesekali ke bandar.
Makanan pula bersumberkan makanan tradisional terutama kuih-muih. Tidak ada makanan segera yang memenuhi perut. Jarang sekali suri rumah beradu kehebatan peralatan dan pinggan mangkuk rumah tangga. Memang ada tetapi tersangat jarang. Jika ada masih berada dalam kelompok keserdahanan. Kaum wanita sering berpadu tenaga terutama jika ada majlis keraian dan kenduri kahwin.
Perubahan masa, ramai yang memiliki anak-anak yang berjaya ke menara gading atau sudah berjaya dengan karier mahu pun bisnes. Perubahan ini juga menyebabkan suasana kampung berubah dengan pengisian yang lebih moden namun nilai-nilainya tetap masih ada.
Sesekali apabila menjengah pulang, anak-anak kecil yang kita lihat masih bayi, sudah remaja malah sudah berkeluarga. Betapa begitu banyak berubah disebabkan kapsul masa yang terus bergerak.
Saya sebenarnya sangat teruja, kerana kini sudah boleh menjejaki rakan-rakan sekolah zaman sekolah rendah. Zaman yang penuh keriangan dan warna warni. Sangat seronok jika boleh kembali sebentar dan megulit kembali memori zaman kanak-kanak.
Kini, kebanyakan sudah dewasa, berkeluarga dan beranak pinak. Sangat seronok melihat perkembangan rakan-rakan lama. Apa pun harapannya masa tidak mengubah nilai-nilai murni yang dipegang sejak dari kecil.
Salam kasih sayang
http://www.masayuahmad.com/
3 comments:
selamat pulang dan bercuti di kampung mas...
musim cuti sekolah ni pasti ramai yg balik kampung, kenduri kendara pun banyak....
Mas, suasana kampung memang best! saya sendiri akan ke utara (utk majlis perkahwinan) hujung minggu ni...tak sabar nak melihat sawah bendang dan main air terjun di sana.... :-)
wan anie
terima kasih wan, sama juga kepada wan, jika pulang selamat pulang ke kampung ya ;D
Syahida
kampung tetap di hati, kenduri kahwin tu biasalah kan maklumlah cuti sekolah
Post a Comment