Saya sedang membaca buku Hendak Gagal Atau Berjaya tulisan Razzi Armansur, saya ingin memetik kata-kata peransang agar setiap kerja yang kita laksanakan selesai sehingga sudah.
Muka surat 145, 146. Buku terbitan PTS Proffesional.
Kebanyakan orang tahu tetapi tidak mahu. Kebanyakan orang tahu bagi memperoleh sesuatu perlu berusaha, tetapi tidak semua orang mahu atau sanggup mengusahakannya. Mengapa?Ulasan
1. Pemalas
2. Hendak ambil jalan senang, jalan mudah.
3. Tidak yakin, tidak percaya pada kebolehan diri.
4. Mengharapkan orang lain.
5. Tabiat- sudah menjadi kebiasaan, tidak mahu menyiapkan apa yang dimukalan, ataupun suka melakukan kerja sekerat jalan ataupun selalu menangguhkan satu-satu kerja, ataupun suka merancang sahaja.
6. Objektif terlalu besar, tidak sanggup melaksanakannya.
Dunia kejayaan dipenuhi dengan manusia-manusia yang sanggup. Dunia kegagalan dipenuhi dengan manusia-manusia yang suka menghimpun alasan demi alasan.
Ramai yang sanggup dan suka merancang, ramai yang mudah berkeluh kesah dan mudah berputus asa. Mudah mengambil kesempatan memilih jalan yang senang sahaja. Tetapi ramai yang juga yang berjaya mengharungi apa sahaja rintangan agar cita-cita mahukan impikan kejayaan menjadi kenyataan.
Suri rumah
Suri rumah sudah tentu mahukan kehidupan ideal seimbang karier, rumah tangga, anak-anak terurus. Jadi sama-sama kita berazam agar kekal konsisten dengan matlamat bersama suami membangunkan keluarga yang seimbang dunia dan akhirat.
Wanita sukses
Wanita sukses adalah wanita yang tahu apa pilihan terbaik buat diri sendiri. Bebas membuat keputusan dan tidak terpengaruh dengan apa sahaja yang boleh memberi impak kepada kehidupan peribadi dan keluarga. Terus yakin dengan pengangan diri dan terus menapak dan tahu mengambil peluang dan menggunakan apa sahaja usaha agar pilihan yang telah dibuat adalah terbaik untuk kehidupand dan keluarga.
No comments:
Post a Comment