Teks: Masayu Ahmad
Dalam buku Jana RM Dari Rumah, saya berkali-kali menyarankan agar melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum bermula, melakukan secara sambilan sebelum sepenuh masa. Kerana apa, kerana apabila anda tidak bersedia, anda akan kecewa. Banyak cabaran yang memerlukan persediaan mental dan fizikal. Tetapi jika kalian berani terjun berani mati, anda adalah boleh dikategorikan mereka yang berani gagal.
Tidak kisah jika gagal dahulu sebelum menikmati kejayaan. Apa yang penting perlu konsisten dengan prinsip mahu meneruskan walau apa sahaja terjadi. Tetapi tidak semua orang yang boleh dan berupaya berani gagal.
Sokongan padu
Saya ada menerima email daripada salah seorang waniat bekerjaya. Saya sangat tertarik apa yang sedang dilakukannya, cuma apabila dia menerima pandangan saya, sudah pasti saya menyarankan bermula secara sambilan dan apabila sudah kukuh baru sepenuh masa.
Tetapi dalam situasi beliau, sekiranya beliau yakin dan boleh melakukannya apabila berhenti kerja, boleh abaikan saranan saya. Nanti saya serta pautan blog beliau. Dalam kesibukan saya masih teringat-ingat email beliau. Nanti saya semak kembali email yang dihantar.
Apabila suri menerima sokongan padu daripada suami tidak kira kewangan, semangat atau apa sahaja boleh sahaja teruskan usaha. Tambahan pula jika bersatu hati dalam keputusan.
Sekiranya suami masih kurang memberi kepercayaan, dengan kata lain masih memerlukan sokongan kewangan daripada isteri, persediaan teliti adalah perlu.
Apa yang seronok berada di rumah
Sudah tentu boleh mengatur jadual lebih fleksibel. Ketika anak sakit, diri sendiri kurang sihat boleh sahaja mengambil cuti atau berehat tanpa halangan. Namun anda masih perlu bersedia untuk menyiapkan kerja sekiranya sudah ada komitmen dengan majikan atau mereka yang memberi kerja.
Jika bekerja lebih, lebihlah ganjarannya. Jika kurang usaha, maka sedikitlah hasilnya. Semuanya ditentukan oleh kalian sendiri dan sudah tentu majikan sebenar kita.
Penghargaan buat en.suami
Dalam kesihatan yang tidak menentu saya ingin mengucapkan terima kasih buat en.suami yang menguruskan rumah tangga dengan cemerlangnya. Semalam ayam goreng kicap sungguh sedap sekali. Pagi ini saya gagahkan diri menggoreng perapan ayam berempah yang sudah dibuat semalam oleh en.suami. Disebabkan sekarang en.suami suka membaca blog ini, jadi ini sahajalah cara untuk mengucapkan terima kasih. Harapnyanya keadaan saya ini adalah dalam tempoh fasa pertama saya. Saya mahu cergas, cergas, cergas. ;D. Agar anak-anak kembali dapat menikmati hasil air tangan pagi dan petang.
Salam kasih sayang
http://www.masayuahmad.com/
No comments:
Post a Comment